• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBS Syor Laporan IGC Disemak Semula

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengesyorkan agar disemak semula Laporan Inter-Governmental Committee (IGC) yang menjadi asas bagi Perjanjian Malaysia bagi menangani segala keraguan yang wujud dalam kalangan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata semakan semula itu amat penting bagi (mendapatkan) penyelesaian terbaik menangani ketidakpuasan hati atau rungutan mengenai hak dan perlindungan tertentu bagi Sabah dan Sarawak ‘yang belum dipenuhi dengan memuaskan’.

Pairin berkata, sudah tibanya masa semakan semula itu dibuat memandangkan Laporan IGC memperuntukkan agar implementasinya dikaji semula setiap 10 tahun; dan semakan pertama dan paling akhir dibuat pada 1973.

Beliau berkata, demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Perwakilan Tahunan PBS Ke-30 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Pairin berkata, dalam ucapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini, beliau telah mencadangkan agar kerajaan British dilibatkan dalam semakan semula itu, sebagai pihak ketiga yang bebas, bagi meneliti jika ada penyelewengan dalam hak-hak perlindungan dijanjikan.

“Kita berharap ini akan menyelesaikan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak, yang saya yakin hanya mahu yang terbaik untuk semua dan rata-rata mahu Malaysia dikekalkan,” katanya.

Dalam pada itu, Pairin berkata forum secara ad hoc mengenai perkara Sabah dan Sarawak dalam Malaysia yang dianjurkan NGO atau pembangkang juga tidak boleh dibiarkan kerana ada sesetengahnya mempunyai kecenderungan pemisahan.

“Adalah mustahak maklumat yang betul disalurkan kepada rakyat agar mereka tidak dimanipulasi oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Bagaimanapun, Pairin berkata PBS akan terus berpegang kepada pendirian bahawa Malaysia adalah satu keluarga yang kekal dan tidak boleh dipisahkan, dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai anggotanya. – BERNAMA

Tags: PBS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

PBS, Star Kekal Sokong Hajiji Sebagai KM Sabah

05/01/2023
0

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Star) hari ini menyatakan...

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

Pemandu Dan Sembilan Penumpang Nyaris Maut Bas Terbakar

31/08/2022
0

BALING: Tindakan pantas seorang pemandu kereta memaklumkan terdapat percikan api di belakang sebuah bas yang diekorinya berjaya menyelamatkan seorang pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd