• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Keluar Surat Arah Husam Tampil Ke Dewan Harian PAS Pusat

oleh Ahmad Albab
20/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengeluarkan surat arahan kepada bekas Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa, untuk tampil ke Dewan Harian PAS Pusat pada 24 November ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Husam perlu memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan yang dibuat beliau kepada umum.

“Sekiranya dia (Husam) rasa Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) adalah pihak berkepentingan, mungkin tanpa kehadiran Presiden, dia boleh bagi keterangan di hadapan Dewan Harian, yang masih ada Timbalan Presiden, Naib Presiden yang tidak terlibat,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Takiyuddin berkata Husam boleh tampil dengan membawa bukti untuk memberi penjelasan terperinci kepada Dewan Harian PAS.

“Saya dalam surat itu menyatakan beliau boleh bawa semua bukti, dokumentari dan sebagainya yang dia ada,” katanya.

Beliau yang juga anggota parlimen Kota Bharu menegaskan PAS juga kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan mana-mana perdebatan ataupun perbincangan isu dalaman parti itu dibawa ke luar terutama melibatkan Husam dengan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

“Sebenarnya isu ini isu dalaman PAS berhubung beberapa kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh beberapa bekas pemimpin PAS dan juga pemimpin PAS berkenaan beberapa isu.

“Misalnya, kononnya Presiden PAS telah berusaha pada suatu masa dahulu untuk menggabungkan PAS dan UMNO… isu di Selangor (dan) sebagainya,” katanya.
– BERNAMA

[wpdevart_youtube]ER10mPlVKLI[/wpdevart_youtube]

Tags: husam musaPAS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Tidak Sekat Facebook, Telegram, WhatsApp

Next Post

ASEAN Perlu Pastikan Keselamatan Maklumat Kritikal

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

PAS Selar Tindakan Biadab Acara Larian Berpakaian Tidak Senonoh

06/10/2024
0

SHAH ALAM - Pas menyelar acara larian antarabangsa yang berpakaian tidak senonoh dan memiliki unsur lucah. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

Next Post

ASEAN Perlu Pastikan Keselamatan Maklumat Kritikal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd