Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Jamin Tarif Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengulangi jaminan tarif elektrik tidak akan dinaikkan sepanjang tahun...

Gambar ‘Photoshoot’ Rina Harun...

SHAH ALAM - Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina...

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus...

KAHERAH - Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat...

Harith Iskander Mara Ke...

PELAWAK terkenal Harith Iskander melangkah setapak ke hadapan apabila namanya diumumkan layak ke...

Parti Amanah Negara Bantah Singkatan PAN

KUALA LUMPUR – “Tiada parti politik bernama PAN dalam negara ini,” tegas salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara, Suhaizan Kaiat.

Kata beliau, singkatan bagi Parti Amanah Negara adalah AMANAH bukan PAN seperti yang selalu disebut-sebut orang ramai.

“Dalam Perlembagaan Parti Amanah Negara dinyatakan dengan jelas AMANAH adalah singkatan bagi parti ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS berkata, mereka yang menggunakan singkatan PAN sebenarnya takut dengan perkataan AMANAH.

Menurut beliau, golongan terbabit mungkin juga berniat buruk atau tidak suka dengan parti Islam baharu tersebut


“Yang tidak faham sahaja yang akan menggunakan gelaran PAN,” katanya.

PAN ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin PAS pro-Pakatan Rakyat yang disingkirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan parti itu pada Jun lalu.

Bekas pemimpin terbabit disingkirkan daripada PAS kerana dilihat tunduk kepada kehendak politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori