Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Lelaki Saman Isteri Selepas...

ALGERIA – Wahai kaum lelaki, kami keberatan untuk memaklumkan kepada anda bahawa wanita...

Rafizi Patut Salahkan Diri...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli patut menyalahkan dirinya sendiri...

Sederet Kedai 30 Pintu,...

KINABATANGAN - Sederet kedai 30 pintu dan sebuah masjid musnah dalam kebakaran di...

Pengerusi SPR Nafi Akan...

PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah hari...

Parlimen Tiada Kuasa Kenakan Tindakan Ke Atas Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana mengadakan pertemuan dengan Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram di Filipina baru-baru ini.

Ahli pimpinan tertinggi PKR, Latheefa Koya mendakwa, Nurul Izzah mengadakan pertemuan dengan musuh negara itu di luar bangunan Parlimen yang tiada kena mengenai dengan prosiding Dewan Rakyat.

“Sebarang aduan perlu berkaitan dengan tingkah laku Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat sahaja,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nurul Izzah dikecam ramai pihak terutama rakyat Sabah kerana mengadakan pertemuan dengan Jacel yang secara terus terang menyokong serangan kumpulan bersenjata Sulu ke atas Sabah pada 2013 hingga mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan negara.

Berikutan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bercadang untuk merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai itu ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

Tindakan Nurul Izzah bertemu Puteri Sultan Sulu yang merupakan musuh negara itu dikhuatiri bakal mengundang campur tangan luar memandangkan Malaysia pernah diceroboh oleh Allahyarham Jamalul Kiram III pada 2013.


Latheefa dalam usahanya menyelamatkan reputasi Nurul Izzah cuba membandingkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dengan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalam dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York Oktober lalu.

Najib pada waktu itu bagaimanapun telah menjelaskan bahawa beliau secara tidak sengaja bertembung dengan Netanyahu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap kerana gilirannya pula untuk berucap.

Netanyahu kemudian menghulurkan salam dan Najib menyambut salam itu secara spontan lalu dirakam oleh jurugambar asing tetapi dijadikan bahan politik oleh pemimpin PKR.

Senario itu sangat berbeza dengan perbuatan Nurul Izzah yang mengadakan pertemuan dengan Jacel di Filipina dan mereka turut bergambar bersama sambil memegang poster Bebaskan Anwar. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]s2JVPivFSMg[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori