Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Premis Judi Haram Makin...

SINDIKET perjudian kini dilihat semakin berani apabila secara terang-terangan menyebarkan risalah iklan pembukaan...

PKR Bakal Berhadapan Krisis...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjangkakan hukuman penjara ke atas Ketua...

Wujudkan MRSM Berbayar Penuhi...

PUTRAJAYA - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob...

Sajat Mungkin Berada Di...

SHAH ALAM - Polis percaya kemungkinan besar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau...

#ParisAttack: Gergasi Bola Sepak Eropah Utus Takziah

LONDON – Gergasi-gergasi bola sepak dari setiap pelusuk Eropah sudah mula mengutuskan kawat takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dan rakyat Perancis atas siri serangan yang mengorbankan lebih 140 orang di Paris.

Pasukan-pasukan ternama seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea adalah antara kelab bola sepak dari Liga Perdana England yang memuat naik mesej mengenai serangan berdarah itu di laman Twitter masing-masing.

Ingatan dan doa kami kepada mereka yang terjejas di Paris,” menurut kenyataan rasmi dari Arsenal dengan dua pemainnya sendiri iaitu Olivier Giroud dan Laurent Koscielny bermain dalam pasukan Perancis.

Dalam laman Facebook Manchester United, kelab itu turut menyampaikan iringan doa kepada mereka yang terjejas akibat serangan-serangan penganas di Paris.

Begitu juga dengan pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Barcelona dari Sepanyol yang memuat naik mesej bagi menyokong Paris menerusi Instagram rasmi kelab tersebut.

Dalam pada itu, persatuan bola sepak England dan Perancis akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk meneruskan rancangan bagi mengadakan perlawanan persahabatan antara dua negara yang dijadual berlangsung Selasa depan.


Akhbar ternama Perancis, L’Equipe bagaimanapun melaporkan bahawa perlawanan di Stadium Wembley itu sudahpun ditangguhkan.

Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dalam serangan dekat stadium Stade de France, manakala lebih 120 orang terbunuh dalam beberapa serangan yang dilancarkan di Paris.

Pasukan tuan rumah Perancis sedang berdepan dengan Jerman dalam satu perlawanan persahabatan apabila letupan itu didengar oleh para penonton.

Ia adalah satu insiden yang serius dan tragik,” tegas jurucakap FA England. “Kami akan berikan perkembangan terkini mengenai perlawanan tersebut”.

Pihak FA ingin menyampaikan takziah yang mendalam kepada para keluarga mangsa dan buat masa ini kami turut berduka dengan rakyat Perancis.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori