• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Nazmi Tuduh Peguam Negara Langgar Perundangan

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menuduh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menyalahi sistem perundangan kerana mengulangi pendakwaan ke atas beliau di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Dakwa Nik Nazmi, tindakan Peguam Negara mendakwa untuk kali ketiga kononnya menyalahi sistem kerana kes tersebut telah pun mencapai keputusan muktamad pada peringkat Mahkamah Rayuan.

“Bagaimana Peguam Negara boleh mewajarkan tindakan mendakwa saya untuk kali ketiga sedangkan Perlembagaan Persekutuan telah mengharamkan perbicaraan berulang.

“Mendakwa seseorang sewenang-wenangnya hanya untuk mendapatkan keputusan muktamad berkenaan sesuatu perundangan, walaupun ia
menyalahi sistem yang sedia ada, adalah tidak wajar sama sekali,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan Mohamed Apandi menjelaskan beliau berbuat demikian bagi membenarkan Mahkamah Persekutuan membuat keputusan akhir berhubung undang-undang berkenaan.

“Saya mahu kepastian daripada mahkamah tertinggi dalam negara dan ini demi kebaikan semua orang,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: Apandi AliNik Nazmi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai – Nik Nazmi

02/05/2024
1

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini, dijangka berterusan sehingga Julai. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd