• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

New Zealand Labur NZ$200 Juta Di ASEAN

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – New Zealand akan melabur lebih NZ$200 juta di ASEAN dalam tempoh tiga tahun akan datang, dengan memberi tumpuan ke atas pembangunan kapasiti penduduk di rantau ini.

Perdana Menteri New Zealand John Key berkata hubungan formal negaranya dengan ASEAN akan ditingkatkan daripada rakan komprehensif kepada rakan strategik.

“Pelaburan NZ$200 juta itu akan bertumpukan ke atas pembangunan kapasiti penduduk di rantau ini dan mewujudkan hubungan antara para pemimpin muda dan usahawan baharu – mereka yang akan meningkatkan hubungan yang kami telah jalin sejak 40 tahun lepas.

“Kami menyambut baik perjanjian ini yang akan membolehkan kita bekerja lebih rapat dengan ASEAN untuk meningkatkan dagangan dan pelaburan,” katanya pada Sidang Kemuncak Ulang Tahun ke-40 ASEAN-NZ, yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin ASEAN.

Program bantuan pembangunan New Zealand di rantau ASEAN adalah yang kedua terbesar selepas Pasifik.

Key berkata usaha sama strategik itu juga akan menyokong program ekonomi ASEAN dan New Zealand, merealisasikan objektif penyepaduan serantau yang seragam serta menyokong usaha ASEAN untuk merapatkan jurang pembangunan.

Ia akan memberi tumpuan ke atas kepakaran New Zealand dalam bidang pertanian dan perdagangan,” katanya.

“ASEAN – dengan 625 juta penduduk dan keluaran dalam negara kasar dijangkakan berkembang kepada US$5.2 trilion menjelang 2030 – menawarkan peluang penting untuk New Zealand, dan sejak kebelakangan ini kami mencatat pertumbuhan kukuh dalam perdagangan.

“Kami bekerja rapat berasaskan cabaran politik dan keselamatan bersama selain meningkatkan keupayaan negara anggota ASEAN dalam respons ke atas bencana alam semula jadi. Perjanjian kita bermakna kita akan bekerja lebih rapat dalam isu-isu ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: ASEANNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd