• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasib Baik Ibrahimovic Tak Main Di Malaysia – TMJ

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya jujur dan bukan seorang hipokrit. Saya tidak masuk masjid memakai songkok haji tetapi di sebalik tabir menagih dadah”.

Demikian titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap pandangan negatif segelintir pihak baginda seorang yang ego dan sombong dalam dunia bola sepak.

Baginda yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) bertitah, jika di Barat, sikap yang ditonjolkannya akan dianggap psikologi motivasi ke atas pihak lawan.

“Dalam dunia sukan, meningkatkan motivasi dan keyakinan adalah sangat penting. Namun, di sesetengah tempat dalam masyarakat berfikiran sempit di negara ini, perkara tersebut dianggap angkuh.

“Eric Cantona pernah mengatakan “Saya bukan manusia biasa, saya Cantona,” dan Zlatan Ibrahimovic mengatakan “Sayalah yang paling hebat.”

“Nasib baik mereka tidak bermain di negara ini, kalau tidak, tentulah orang di sesetengah tempat akan menganggap mereka terlalu ego,” titah baginda dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Justeru, Tunku Ismail bertitah baginda tidak ambil kisah pandangan negatif yang dilemparkannya itu kerana pada baginda merendah diri biar bertempat manakala meninggi diri membuatkannya lebih hidup.

Baginda dalam pada itu mengakui ada ramai wajah baharu dalam arena bola sepak negara termasuk Ketua-ketua Pegawai Eksekutif muda mula mengikuti jejak langkah Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Sesetengah orang cuba untuk mengikuti pelan tindakan rekaan saya. Ia satu petanda positif yang mereka telah mula mengikut revolusi dan jejak langkahndan saya anggap perkara tersebut sebagai satu pujian,” titah baginda.

Namun, Tunku Ismail berpandangan adalah mustahil untuk mana-mana pihak cuba melakukan apa yang baginda telah lakukan untuk bola sepak Johor kerana hanya wujud seorang sahaja TMJ di Malaysia. – Mynewshub.cc

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd