Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Belum Putuskan Pekeliling...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum memutuskan untuk mengeluarkan pekeliling khusus berkaitan permainan Pokemon Go...

Imran Pemimpin Asing Pertama...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menjadi pemimpin luar negara...

Amyza Aznan ‘Meluat’ Aliff...

SELEPAS menghasilkan single bertajuk Abang Nak Tegur, kini usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri...

ESSCom Rampas 14,740 Batang...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menerajui operasi...

Najib Kagum Kehebatan ePrix Putrajaya

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai beribu-ribu rakyat Malaysia menyaksikan Kejohanan Formula E (ePrix) FIA pusingan Putrajaya yang berlangsung dalam suasana hebat dan meriah.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kelihatan terhibur dengan perlumbaan penuh aksi itu, yang disertai 10 pasukan, masing-masing menurunkan dua pelumba, untuk beradu dalam 33 pusingan di litar sepanjang 2.56-km di pusat pentadbiran persekutuan ini.

Sejurus tiba pada 1.30 tengah hari, Najib, yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Formula E, Alejandro Agang dan Pengerusi Formula E Malaysia, Datuk Seri Johan Young, meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anggota pasukan yang mengambil bahagian di paddock, sebelum perlumbaan dimulakan.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Najib kemudian menyampaikan trofi kejohanan kepada Lucas Di Grassi daripada pasukan ABT Schaeffer Audi Sport, yang muncul sebagai juara.


Perdana menteri juga memandu uji sebuah kereta elektrik Tesla Model S.

Kejuaraan ini membuka tirainya di Beijing pada 24 Okt dan akan berakhir di London pada 7 Julai tahun depan.

Pusingan Putrajaya adalah pusingn kedua dalam siri ini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]DwcYwu-B8Bk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori