• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPPA Tak Akan Jejas Hubungan Dagang China-M’sia

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hubungan perdagangan antara Malaysia dan China tidak akan terjejas disebabkan penglibatan Malaysia di dalam rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata isu penglibatan Malaysia di dalam TPPA tidak pernah disuarakan oleh rakan sejawatannya dari China.

“TPPA tidak menjadi isu bagi China kerana ia adalah sebuah negara yang besar dan China sebagai salah satu anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec), sentiasa berpeluang menyertai TPP kerana TPP dibuka kepada semua negara,” tegas beliau ketika sesi soal jawab di Majlis Penerangan Perdana mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), TPPA dan Bajet 2016 di sini hari ini.

Malaysia merupakan rakan dagang utama China dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN.

Dalam kenyataannya semalam, Mustapa berkata dasar Malaysia ialah untuk mewujudkan hubungan baik dengan semua negara dan sebagai sebuah negara ASEAN, Malaysia telahpun mendapat manfaat daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN-China yang telah berjalan hampir 10 tahun.

Kira-kira 90 peratus daripada produk yang diperdagangkan antara ASEAN dan China sudah dihapuskan duti.

Selain daripada FTA, Malaysia bersama negara-negara ASEAN lain juga sedang merundingkan Perjanjian Komprehensif Ekonomi Serantau yang melibatkan 16 negara termasuk China.

Malaysia juga merupakan penyokong kuat inisiatif ekonomi ‘One Belt, One Road‘ yang diterajui China.

Mengulas mengenai persepsi ‘TPPA sebagai bentuk penjajahan baru’ pula, Mustapa berkata setiap negara yang terlibat dalam proses perundingan TPPA mempunyai fokus tersendiri.

TPPA akan memberi peluang kepada Malaysia memasuki empat pasaran baru yang tiada duti import dikenakan kepada produk dari syarikat-syarikat Malaysia.

“Kita mahu mendapat akses pasaran baru dan kebimbangan mengenai TPPA sebagai bentuk penjajahan semula adalah tidak tepat kerana sehingga suku kedua tahun ini, pelaburan Malaysia di luar negara berjumlah kira-kira RM522 bilion,
melebihi pelaburan asing di negara kita sebanyak RM477 bilion,” katanya.

Menyentuh mengenai kebimbangan tentang kemasukan barangan import akan memberi kesan kepada produk keluaran tempatan, beliau berkata produk-produk pertanian keluaran tempatan akan terus dilindungi di bawah dasar berkaitan pertanian.

“Ini telah dibincangkan semasa rundingan dan dasar berkaitan pertanian yang sedia ada akan tetap diteruskan. Malah syarikat kecil dan sederhana (IKS) akan mendapat manfaat apabila duti bahan mentah yang akan diimport akan dikurangkan,” katanya lagi. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7qxhRi_FYXM[/wpdevart_youtube]

Tags: TPPA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rundingan TPPA Belum Berakhir – PM Najib

13/11/2017
0

DA NANG (VIETNAM) – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara, belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah yang...

Rundingan TPPA Jangka Dimuktamad November

18/07/2017
0

SUBANG – Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) masih berjalan, dan dijangka dimuktamadkan pada November ini pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd