• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

M’sia Tunggu Maklumat Rasmi Filipina Berhubung Tebusan M’sia Dipenggal

oleh Ahmad Albab
18/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang menunggu maklumat rasmi dari Filipina berhubung kesahihan laporan kononnya seorang rakyat Malaysia dipenggal oleh kumpulan militan di Mindano, semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Filipina berhubung laporan tersebut yang diperolehi berdasarkan maklumat risikan tentera Filipina.

“Kita perlu sahkan secara rasmi perkara tersebut terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN+ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Media antarabangsa melaporkan ahli perniagaan Bernard Then, 39, dipenggal kepalanya selepas sekumpulan lelaki bersenjata menculik mangsa di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah, 15 Mei lepas.

Ahli perniagaan itu dilaporkan dipenggal di lokasi terpencil yang menjadi kubu kuat militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Bernard, yang berasal dari Sarawak, diculik oleh kumpulan militan tersebut bersama pengurus restoran, Thein Nyuk Fun, 50. Bagaimanapunm Thien dibebaskan pada 8 Nov lepas.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri Facebooknya mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam tindakan kejam, tidak bertamadun, ganas serta tidak berperikemanusiaan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kementerian menyambut baik cadangan agar hukuman gantung mandatori dalam Akta Dadah Merbahaya 1952 dipinda.

Katanya Malaysia akan mengikut langkah kebanyakan negara yang sudah mengubah sistem mati mandatori terhadap pengedar dadah namun pada ketika ini apa yang penting adalah langkah pencegahan dan pemulihan.

Dilapor, pindaan undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori terhadap pesalah dadah dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat bulan Mac tahun hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukry berkata keputusan itu diambil selepas persetujuan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali. – BERNAMA

Tags: Kerajaankes culik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Senarai 30 Lagu Hits Bertanding Semi Final Muzik-Muzik

Next Post

Pemandu Teksi Demo Bantah Uber, GrabCab

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

Kerajaan Dapat Perintah Penangguhan Bayaran Pencen RM1.7 Bilion

04/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk menggantung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut...

Next Post

Pemandu Teksi Demo Bantah Uber, GrabCab

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd