• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minat Dan Kesungguhan Dorong Kejayaan Badrul Hisyam

oleh Ahmad Albab
26/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Minat yang tinggi dan kesungguhan dalam bidang olahraga merupakan kunci kejayaan pelari pecut muda negara Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter kebangsaan milik Watson Nyambek.

Ibunya Rozinah Baba, 49, berkata anak bongsu dari dua beradik itu telah mula menceburi bidang olahraga sejak darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah di sini dan sering menyertai pelbagai acara olahraga yang dianjurkan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka (MSSM).

Katanya pada awal penglibatan Badrul Hisyam dalam sukan itu sukar mendapat kepercayaan arwah bapanya, Abdul Manap Abdul Yatim yang meninggal dunia empat tahun lepas akibat paru-paru berdarah, namun restu dan doa suaminya sering bersama apabila melihat kesungguhan dan minat tinggi ditunjukkan anaknya itu.

“Kami ada dua anak sahaja, bila adik (Badrul Hisyam) maklumkan untuk terus dalam bidang olahraga dan memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota agak sukar untuk ayahnya melepaskan…kebetulan pada masa sama kakaknya menyambung pelajaran dalam bidang Farmasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam.

“Tapi ketika itu kami diyakinkan sepenuhnya dan dipujuk cikgunya iaitu Noraziah Kassim yang merupakan orang pertama membawa adik ke dalam sukan olahraga dan sentiasa menjaga kebajikan serta menguruskan latihan yang perlu dilakukannya,” katanya kepada Bernama di Kampung Batu Gajah di sini.

Badrul Hisyam, yang memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 10.29s, 0.01 saat lebih pantas daripada rekod milik Watson, di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei pada Isnin lepas.

Anak jati Melaka berusia 18 tahun itu meneruskan penguasaannya dalam acara pecut apabila memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri 21.61s bagi acara 200m yang dilakukannya tahun lepas, dengan catatan 21.39s untuk mendapat pingat emas keduanya Selasa lepas.

Rozinah berkata dia dan anak sulungnya, Nur Atikah, 23, tidak menyangka anaknya itu berjaya ke tahap tersebut berasa bangga dan gembira dengan pencapaian Badrul Hisyam, serta turut berharap kerjaya anaknya dalam bidang olahraga akan dapat diteruskan sehingga ke peringkat Sukan Olimpik.

“Pada mulanya pelbagai perasaan ada dalam diri makcik bila dapat tahu adik berjaya ke tahap itu…ada rasa sedih dan tidak lalu makan memang tidak sangka tapi itu adalah rezeki dia penat lelah selama ini.

“Yang tidak disangka-sangka ramai pihak hadir berkunjung ke rumah dan menelefon mengucapkan tahniah apabila berita kejayaannya tersiar,” katanya dan akan terus menyokong dan memberi semangat kepada Badrul Hisyam untuk terus berjaya dalam bidang tersebut.

Sementara itu, Nur Atikah bersyukur dan berbangga dengan kejayaan yang dicipta adiknya itu hasil usaha keras menjalani latihan secara sistematik dan berdisiplin.

“Apa yang saya lihat dia telah bersungguh-sungguh dalam bidang olahraga ini…dia tinggal di asrama untuk memudahkannya menjalani latihan dan pada musim cuti sekolah pun dia tetap menjalani latihan di gim dan stadium pada sebelah pagi dan petang,” katanya.

Beliau berkata walaupun masa untuk bersama Badrul Hisyam terbatas disebabkan latihan yang perlu dijalani, mereka sering berhubung melalui panggilan telefon atau aplikasi WhatsApp.

Kata Nur Atikah adiknya itu akan selalu memaklumkan kepadanya dan ibu tentang pertandingan yang akan disertai dan meminta mereka mendoakan kejayaannya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]sv6-hnaoyxY[/wpdevart_youtube]

Tags: Badrul Hisyam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

17/09/2018
0

IPOH – Saingan acara 100 meter lelaki peringkat separuh akhir Sukan Malaysia (SSUKMA) 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, hari...

KOM Sah Tak Iktiraf Rekod 10.29s Milik Badrul Hisyam

27/01/2016
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) memutuskan bahawa catatan masa 10.29s dalam acara 100m yang dilakukan Badrul Hisyam Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd