Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Justo: Akses Hanya Diberi...

BANGKOK - Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh cuba memeras ugut bekas...

Kes Tipu: Pereka ‘Jubah...

SHAH ALAM - Pereka ‘jubah pahlawan’ yang tular di laman sosial tahun lepas...

Agenda Pemerkasaan Bumiputera Jana...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM108 bilion berjaya dijana melalui semua inisiatif yang terkandung...

19 Rumah Kedai Terbakar...

KUANTAN - Sembilan belas rumah kedai di Pekan Damak, Jerantut dekat sini, musnah...

Medan Selera Tesco Lembah Sireh Dinobatkan Terbersih Di Malaysia

DENGKIL – Satu majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan telah diadakan di sini pada pagi ini.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada medan niaga yang berjaya menjaga kebersihan dan keselamatan premis mereka selaras dengan menghidangkan makanan yang bersih dan sihat.

Majlis ini telah dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam itu mempunyai 5 kategori dan tahun ini, iaitu tahun kedua program pertandingan ini diadakan, ia dibuka kepada premis medan niaga swasta berbanding hanya tertumpu kepada medan selera kerajaan pada tahun lepas.

Screen Shot 2015-11-25 at 6.09.58 PM
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam

Pertandingan ini dibahagikan kepada lima kategori, iaitu:

Kategori A – medan selera di bawah PGT / agensi kerajaan yang mempunyai bilangan premis makanan 30 dan ke bawah.

Kategori B – Medan Selera di bawah PBT / agensi kerajaan yang mempunyai bilangan premis makanan 31 dan ke atas.

Kategori C – Medan selera swasta yang beroperasi di dalam kompleks membeli-belah / hypermarket atau bangunan sendiri.

Kategori D – Medan selera yang beroperasi di terminal pengangkutan awam dan Kategori E, medan selera yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Screen Shot 2015-11-25 at 6.08.39 PM

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengatakan bahawa pada tahun ini, hadiah kepada para pemenang telah digandakan berbanding tahun lepas dan pada tahun ini, terdapat 41 premis makanan yang telah mengambil bahagian dalam program ini.

Beliau juga berkata bahawa diharapkan supaya pertandingan ini menjadi motivasi kepada pengusaha dan pemilik premis untuk menjadikan premis mereka lebih bersih.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran Jabatan Kerajaan Tempatan, Dr. Hasnah Bibon yang mewakili Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, program ini juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada medan selera yang bersih dan selamat.

KPKT juga telah mengeluarkan garis panduan untuk menilai tahap kebersihan yang ingin dicapai.


Subramaniam turut memberitahu bahawa, atas cadangan beliau majlis pada tahun ini telah dibuka kepada premis swasta berikutan lebih ramai yang gemar untuk menikmati hidangan di premis-premis swasta.

Screen Shot 2015-11-25 at 6.06.54 PM

Beliau juga menyeru supaya semua pihak berkaitan harus berusaha untuk selaraskan tahap pengurusan makanan mereka dengan harapan pengunjung yang tiba di premis medan selera kerana ia adalah hak asasi mereka untuk mendapatkan makanan dan tempat yang bersih, selamat serta sihat.

Majlis itu kemudiannya diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang bagi setiap kategori. Bagi setiap pemenang, mereka menerima sejumlah wang tunai dan sijil untuk menghargai usaha mereka dalam meningkatkan mutu penyediaan makanan dan kebersihan premis mereka.

Kategori A – Medan Selera Saujana Walk Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kategori B – Medan Selera Bukit Gedung Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Kategori C – Medan Selera Tesco Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan.

Kategori D – Medan Selera Terminal Bas Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kategori E – Kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang, Kelantan.

Anugerah Juara Keseluruhan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 dan sijil telah diberikan kepada Tesco Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. – MYNEWSHUB.CC


Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat… oleh mynewshub

Oleh: Fatin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori