• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Guru Duka Lara Akan Diatasi – Mahdzir

oleh Ahmad Albab
28/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Kementerian Pendidikan sedang menganalisis mekanisme baharu bagi mengatasi masalah lebih 30,000 guru yang berduka lara, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau menggunakan istilah duka lara bagi merujuk kepada guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan masing-masing akibat perbezaan tempat bertugas.

Katanya beliau telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula secara holistik sistem sedia ada dan mencari mekanisme baharu bagi mengatasi masalah berjauhan itu.

“Dalam tempoh tiga bulan dari sekarang apabila kajian siap, saya akan buat pengumuman apakah sistem dan formula yang baik. Saya amat bersimpati dengan guru-guru yang terpisah dengan suami atau isteri masing-masing sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya kepada pemberita pada majlis menyampaikan bantuan persekolahan di sini hari ini.

Beliau berkata BPSM dan BPSH juga turut diarah untuk mengkategorikan beberapa kriteria dalam mekanisme tersebut iaitu bagi kategori pertama merupakan suami dan isteri yang masing-masing adalah guru, kategori kedua hanya seorang daripada pasangan suami isteri itu merupakan guru dan ketiga tempoh masa pasangan suami isteri itu berjauhan.

“Walaupun sistem ‘traffic light’ yang diguna pakai sekarang adalah baik, namun ia tidak mampu menyelesaikan masalah guru duka lara memandangkan ia lebih berdasarkan kepada kekosongan guru bagi mengajar subjek tertentu di sesebuah sekolah.

“Kita ada dua pilihan, ikut keperluan subjek ada atau kita selesaikan masalah perpisahan suami isteri. Ini yang sedang dirumuskan dan perkara ini sedang dibuat analisa,” katanya.

Sistem traffic light ialah bagi membantu guru memilih negeri untuk mereka bertukar berdasarkan warna iaitu hijau bermaksud terdapat kekosongan manakala merah bermaksud jawatan telah diisi penuh.

Mahdzir berkata kelulusan permohonan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Mengenai sekolah yang dijangka mengalami banjir, beliau berkata sekolah yang berisiko dilanda banjir seperti di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah telah dikenal pasti untuk dipantau bagi tindakan persediaan.

“Saya beranggapan semua Pejabat Pendidikan Daerah sudah bersedia sekiranya berlaku banjir, sama ada sekolah akan dijadikan pusat pemindahan dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata setakat ini hanya sebuah pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Sekolah Menengah St Paul di Beaufort, Sabah, yang terpaksa dipindahkan ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort akibat banjir. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]i_dfo9OJkjU[/wpdevart_youtube]

Tags: Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd