• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sediakan Modul Pembangunan Kepimpinan Pertanian

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menyediakan satu Modul Pembangunan Kepimpinan Pertanian untuk menjadikan pertanian sebagai budaya di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata modul tersebut haruslah dibuat secara menyeluruh yang meliputi semua peringkat bermula dari sekolah rendah, universiti hingga ke peringkat dewasa.

“Kalau masyarakat dapat menanam sendiri sayuran seperti cili, sawi dan sebagainya maka akan wujud pula peniaga-peniaga yang akan membekalkan benih tanaman, kaedah fertigasi dapat dikembangkan dan akan wujud pula industri baharu iaitu ‘Do It Yourself Agriculture’ (DIYA),” katanya pada sidang media selepas merasmikan program School of Green Shoots di Bandar Chukai di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata menerusi DIYA itu juga akan membentuk hobi pertanian dalam kalangan masyarakat yang mampu menjadi punca pendapatan dan akhirnya akan dapat mengelakkan kebergantungan negara kepada sayuran import.

“Untuk menjadikan perkara ini satu realiti, kita mesti bangunkan kepimpinan melalui pertanian dan mengajak orang ramai menyertai bidang ini.

“Saya difahamkan hanya 15 peratus orang muda yang berumur bawah 40 tahun menceburi bidang pertanian, penternakan dan nelayan sedangkan selebihnya adalah mereka yang berumur lebih 60 tahun ke atas,” katanya.

Ahmad Shabery berkata pihaknya akan meningkatkan jumlah penyertaan golongan muda dalam bidang ini melalui bajet baharu yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada pembentangan Bajet 2016 lalu, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kerajaan kepada generasi belia untuk program pembangunan agropreneur muda. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7tnDquhauJU[/wpdevart_youtube]

Tags: MARDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terengganu Sasar Nilai Jualan RM50K Road To MAHA

25/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan nilai jualan menjangkau RM500,000 daripada program Road To MAHA 2018 yang berlangsung hari...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator Di Sabah

16/07/2018
0

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan Bangunan Inkubator Teknologi MARDI yang pertama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd