• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Komited Dalam Pencarian Pesawat MH370 Yang Hilang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Malaysia terus komited dalam pencarian pesawat MH370 yang dipercayai hilang di Lautan Hindi, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Aziz Kaprawi.

Menurut beliau, dalam usaha pencarian itu Malaysia memberi kepercayaan dan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada Australia yang mengetuai dalam tugas-tugas pencarian.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-56 Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Katanya, kerja-kerja pencarian pesawat itu kini diperluaskan sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.

Mengenai mesyuarat yang berlangsung hari ini, beliau berkata sebanyak 11 resolusi telah diluluskan ke arah membantu mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya di negara ini.

Antara keputusan yang dibuat ialah meminta perhatian serius diberi dalam kerja-kerja membaiki jalan di negara ini kerana kebanyakan kerja-kerja selama ini tidak mengikut piawaian dikehendaki hingga menjadi salah satu punca berlaku kemalangan di jalan raya.

Di samping itu perhatian juga perlu diberi kepada jalan-jalan luar bandar di kawasan terpencil terutama di Sarawak yang masih banyak uzur dan terdedah kepada berlakunya kemalangan.

Abd Aziz berkata, sejak tahun 2006 hingga tahun lepas, rekod menunjukkan purata mangsa kemalangan jalan raya yang membawa maut di negara ini sebanyak 6,500 orang setahun sementara 6,674 orang meninggal sepanjang tahun lepas daripada keseluruhan 476,296 kes kemalangan yang direkodkan.

“Setiap hari purata 19 orang rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, tetapi masyarakat hanya membisu”, katanya.

Menurut beliau, Malaysia akan menganjurkan hari memperingati mangsa kemalangan jalan raya yang terkorban, pada 15 November akan datang untuk kali kedua seperti yang diadakan di negara-negara lain.

Sempena majlis itu, Abd Aziz menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Kelab Keselamatan Jalan Raya Paling Aktif peringkat kebangsaan membabitkan sekolah rendah dan menengah dengan johan menerima wang tunai RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. – BERNAMA

Tags: KerajaanMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd