• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lubuk Yu Akan Dipromosi Jadi Destinasi Pelancongan Buaian

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membantu kerajaan negeri Pahang untuk mempromosikan kembali pusat perkelahan terkenal, Hutan Lipur Lubuk Yu yang sebelum ini terpaksa ditutup sementara berikutan penyebaran penyakit virus kencing tikus.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata hutan lipur itu yang kaya dengan pelbagai khazanah alam semesta itu akan dipromosikan sebagai satu destinasi eko-pelancongan untuk pengunjung beristirehat di dalam buaian atau “hammock” yang digantung antara dua pokok sambil menikmati keindahan alam, yang pertama di Malaysia.

Beliau sendiri hari ini berpeluang untuk merasai pengalaman berada di dalam buaian dengan berlatar belakangkan kehijauan alam di hutan lipur ini.

“Keindahan ini perlu dikekalkan dengan adanya program buaian ini ia menawarkan satu pengalaman baru yang menarik khususnya bagi pencinta alam semulajadi bukan sahaja dari dalam tetapi luar negara.

Saya percaya ini akan menjadi daya tarikan baru pelancong untuk ke hutan lipur ini dan juga Pahang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 1st Hammock Camping Gathering 2015 di Hutan Lipur Lubuk Yu, Kuala Sentul di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin dan
Pengarah Program 1st Hammock Camping Gathering 2015, Laili Basir .

Sejumlah 100 peserta termasuk dari Singapura terlibat dalam program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dengan pelbagai acara atau bengkel yang telah dirancang termasuk meredah hutan, berenang dan menyelamatkan nyawa.

Peserta juga akan diajar tentang cara mengambil gambar dengan hasil yang lebih baik menggunakan kamera telefon pintar.

Selain itu Mas Ermieyati berkata konsep ‘ilmu itu amanah dan riadah itu ibadah’ yang diketengahkan dalam program ini sangatlah tepat dan perlu diketengahkan.

Berikutan itu, katanya kementerian dengan kerjasama agensi yang berkaitan di peringkat negeri akan bekerjasama untuk menjadikan acara itu sebagai program tahunan dengan sasaran untuk menarik lebih 1,000 peserta pada tahun hadapan.

Dalam masa yang sama beliau turut meminta orang ramai agar tidak takut untuk berkunjung ke hutan lipur berkenaan kerana ia telah disahkan bebas daripada penyakit kencing tikus yang berlaku sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: Berang Suami Curang, Wanita Pecahkan Tingkap Kereta

Next Post

Polis Rompin Rampas 1.84kg Heroin

Related Posts

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

Jangan Tutup Pintu Pelancongan Langkawi – Armishah

14/01/2022
0

LANGKAWI : Kerajaan Pusat diminta tidak mengambil tindakan menutup pintu pelancongan ke pulau peranginan ini berikutan penularan varian, Omicron di...

Next Post

Polis Rompin Rampas 1.84kg Heroin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd