• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dan Rakan Maut Kereta Terbabas Langgar Tembok

oleh Ahmad Albab
15/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang lelaki dan rakan wanitanya maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam kemalangan pada pukul 3.05 pagi itu, pemandu kereta terbabit Ong Chee Hin, 52, dan rakannya Koay Wooi Pheng, 46, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Semasa kemalangan itu, kereta yang dipandu Ong dari arah Bayan Lepas menghala ke pusat bandar George Town dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok dan bahu jalan di sebelah kiri menyebabkan kedua-dua mangsa cedera parah di badan dan kepala,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mereka akan dibedah siasat di HPP hari ini dan kemalangan itu disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, anak Ong Chee Hin yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 20-an, berkata bapanya keluar makan malam dengan beberapa lagi rakannya termasuk wanita yang berada dalam kereta semasa kemalangan berkenaan.

Katanya, bapanya dipercayai hendak menghantar wanita itu pulang ke rumahnya di Lintang Macallum 2 di sini sebelum mereka terlibat dalam kemalangan.

“Kami masih terkejut dengan kemalangan itu, bapa tidak menunjukkan perubahan kecuali lebih banyak berdiam sejak dua tiga hari lepas,” katanya ketika ditemui di HPP di sini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]mc9-n9GifII[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd