Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Lebih 42,000 Hektar Hutan...

JAKARTA - Lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari...

12 Anggota Geng 36...

IPOH - Polis menahan 12 daripada 20 anggota kongsi gelap 'Geng 36' selepas...

Pemberita China Dakwa Covid-19...

SEORANG pembaca berita sebuah stesen TV di China mendakwa koronavirus (Covid-19) berasal dari Amerika...

219 Pelatih Program Perintis...

SEPANG - Seramai 219 pelatih Program Latihan Khidmat Cemerlang (PLKN) 2.0 ditawarkan untuk...

Lebuh Raya KL-Karak Dibuka Mulai Hari Ini

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pembukaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kepada semua kenderaan secara berperingkat-peringkat mulai pukul 2 petang Sabtu.

Pengumuman tersebut dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan media di sini tengah hari Sabtu, beliau berkata, pembukaan itu melibatkan laluan kontra satu lorong dua hala antara Kilometer 52.4 dan Kilometer 50.0.

Ini membolehkan para pengguna lebuh raya dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dapat meneruskan perjalanan di kawasan yang terjejas teruk dengan insiden penutupan laluan sejak petang Rabu lalu.

Fadillah turut mengumumkan, pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala laluan KLK itu untuk pemandu semua kenderaan dijangka dapat dilakukan pada Ahad (15 November) bermula pukul 2 petang.

Kelewatan untuk membuka semula kesemua lorong adalah disebabkan pihak syarikat konsesi lebuh raya itu masih lagi dalam proses membaik pulih permukaan jalan yang ditutup akibat bencana banjir lumpur pada 11 November.


Semua pengguna ujar beliau, adalah diminta untuk mematuhi setiap papan tanda yang disediakan dan mengikuti arahan daripada petugas di tapak demi memastikan kelancaran perjalanan di kawasan laluan KLK tersebut.

Pengguna juga diminta untuk lebih berhati-hati ketika melalui lokasi aliran kontra manakala pihak konsesi, ANIH Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan memantau keadaan di situ demi keselamatan setiap pemandu.

Mereka turut akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai perkembangan terkini proses pembukaan laluan KLK yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori