• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya KL-Karak Dibuka Mulai Hari Ini

oleh
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan pembukaan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kepada semua kenderaan secara berperingkat-peringkat mulai pukul 2 petang Sabtu.

Pengumuman tersebut dinyatakan beliau menerusi satu kenyataan media di sini tengah hari Sabtu, beliau berkata, pembukaan itu melibatkan laluan kontra satu lorong dua hala antara Kilometer 52.4 dan Kilometer 50.0.

Ini membolehkan para pengguna lebuh raya dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dan sebaliknya dapat meneruskan perjalanan di kawasan yang terjejas teruk dengan insiden penutupan laluan sejak petang Rabu lalu.

Fadillah turut mengumumkan, pembukaan sepenuhnya lorong bagi kedua-dua hala laluan KLK itu untuk pemandu semua kenderaan dijangka dapat dilakukan pada Ahad (15 November) bermula pukul 2 petang.

Kelewatan untuk membuka semula kesemua lorong adalah disebabkan pihak syarikat konsesi lebuh raya itu masih lagi dalam proses membaik pulih permukaan jalan yang ditutup akibat bencana banjir lumpur pada 11 November.

Semua pengguna ujar beliau, adalah diminta untuk mematuhi setiap papan tanda yang disediakan dan mengikuti arahan daripada petugas di tapak demi memastikan kelancaran perjalanan di kawasan laluan KLK tersebut.

Pengguna juga diminta untuk lebih berhati-hati ketika melalui lokasi aliran kontra manakala pihak konsesi, ANIH Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia akan memantau keadaan di situ demi keselamatan setiap pemandu.

Mereka turut akan dimaklumkan dari masa ke semasa mengenai perkembangan terkini proses pembukaan laluan KLK yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kerja Raya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kuala Lumpur-Karak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya Karak-KL Ditutup Sementara Lori Pasir Terbalik

21/09/2016
0

KUANTAN - Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur terpaksa ditutup sepenuhnya selama lebih sejam semalam, ekoran sebuah lori yang membawa muatan pasir 10 tan melintang...

Polis Nafi Tanah Runtuh Sekali Lagi Di Karak

23/11/2015
0

KUALA LUMPUR - Polis menafikan berlaku runtuhan sekali lagi di kawasan tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Lentang-Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd