• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Alternatif Ke-2 Jalan Lama Persekutuan KL-Bentong Dibuka

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laluan alternatif kedua iaitu Jalan Lama Persekutuan Kuala Lumpur-Bentong dibuka kepada kenderaan ringan pada pukul 11 pagi Jumaat selepas ditutup berikutan banjir lumpur di KM 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Rabu lepas.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan berkata, kenderaan dari persimpangan bertingkat Bentong (KLK) perlu melalui jalan alternatif kedua itu untuk menuju ke Kuala Lumpur, manakala kenderaan dari Kuala Lumpur kena melalui Jalan Gombak menuju ke Jalan Bentong Lama.

Bagaimanapun, laluan alternatif itu akan dibuka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang sahaja kerana laluan itu turut mengalami beberapa hakisan yang masih dalam pemantauan pihak JKR Daerah Bentong bersama-sama syarikat konsesi.

Menurut JKR, jalan alternatif kedua itu akan ditutup kepada semua kenderaan sebaik sahaja Lebuhraya KLK dibuka semula bagi kedua-dua laluan.

JKR menasihati semua pengguna laluan alternatif itu supaya mematuhi papan-papan tanda keselamatan dan memandu dengan berhati-hati kerana terdapat bahagian tertentu diselaputi lumpur dan berkemungkinan licin disebabkan oleh musim hujan.

Menurut kenyataan itu, jentera dan kakitangan JKR serta syarikat konsesi yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan berada di laluan alternatif itu pada waktu siang hari dari semasa ke semasa bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya sekiranya diperlukan.

Pengguna jalan raya juga boleh menghubungi Bilik Gerakan JKR di talian 03-26107727.

Sejak kejadian banjir lumpur pada Rabu lalu, laluan alternatif utama yang digunakan bagi kedua-dua arah iaitu dari KL-Karak-Kuantan dan sebaliknya melalui dua opsyen iaitu Pelangai-Batu Kikir-Seremban-Kuala Lumpur dan Pelangai-Simpang Pertang-Kuala Klawang-Seremban-Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: JKRtanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd