SUNGAI PETANI – Sebuah bank di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya menerima panggilan palsu mendakwa ia akan dibom kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa yang dihubungi berkata anggotanya yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan tiada bom ditemui selepas pemeriksaan dilakukan.
“Kakitangan bank telah menerima panggilan daripada seorang wanita pada pukul 10.15 pagi mendakwa bank itu akan dibom namun selepas pemeriksaan, tiada bom atau sebarang objek mencurigakan ditemui,” katanya, hari ini.
Katanya, bank terbabit dibuka semula pada jam 12.20 tengahari dan polis memulakan siasatan terhadap kejadian itu.
Kejadian hari ini adalah sama seperti yang berlaku pada sebuah lagi bank di Sungai Petani pada 20 November lalu yang turut menerima panggilan palsu tentang bom.
Anggota polis yang melakukan siasatan tidak menemui sebarang bahan letupan. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]95nL5Q6XGHA[/wpdevart_youtube]

