• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Jamin 359 Rumah Kekal Baharu Mangsa Banjir Siap Feb Depan

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan 359 Rumah Kekal Baharu (RKB) untuk mangsa banjir di Kelantan akan siap dibina menjelang Februari tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata walaupun berdepan risiko berlaku lagi bencana banjir dalam masa terdekat, ia tidak menghalang kerajaan menyiapkan RKB yang telah ditetapkan.

Beliau berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 1,123 rumah yang perlu dibina dengan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) dan konvensional di negeri itu.

“Sebanyak 500 RKB akan dibina kerajaan negeri Kelantan manakala baki 187 RKB pula akan dibina badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta melalui sumbangan yang diterima dan diberikan,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka).

Menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang mahu tahu persediaan kerajaan menghadapi banjir, Shahidan berkata setiap daerah yang berdepan risiko banjir telah diarahkan membuat latihan simulasi banjir di kawasan masing-masing.

“Latihan sebelum banjir ini membolehkan mereka tentukan siapa yang akan buat kerja, NGO mana yang akan buat kerja supaya tidak jadi kelam kabut bila berlaku banjir nanti,” katanya.

Beliau berkata setiap Anggota Parlimen juga akan dilantik sebagai Kolonel Kehormat bagi kawasan masing-masing yang akan terlibat secara langsung dalam pengurusan banjir dibantu pasukan keselamatan.

Menjawab soalan asal Irmohizam yang meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kaedah pembinaan IBS dan Modular dapat mempercepatkan tempoh siap RKB, Shahidan berkata kaedah yang digunakan Kerajaan Negeri telah mengurangkan tempoh pembinaan rumah kepada 30 hari berbanding 35 bagi kaedah konvensional. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirShahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

Selat Hormuz Tak Boleh Lalu Naik 80 Sen, Dah Boleh Lalu Naik 50 Sen – Shahidan

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim mempersoalkan rasional kenaikan harga diesel yang berterusan meskipun laluan...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd