• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Hasutan Rahim Thamby Chik Disebut Semula 5 Jan

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 5 Jan depan untuk sebutan semula kes bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang didakwa menyiarkan penerbitan menghasut mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad di akaun Facebook milik beliau.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nik Suhaimi Nik Sulaiman yang mengetuai pendakwaan.

Nik Suhaimi memohon penangguhan kes dan tarikh sebutan baharu berikutan terdapat beberapa isu serta proses penyerahan dokumen yang belum selesai.

Abdul Rahim, 65, yang hadir ke mahkamah memakai sut hitam didakwa melakukan kesalahan itu melalui akaun Facebook Rahim TambyChik di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini, kira-kira 8 pagi, 25 Sept lepas.

Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan menggunakan akaun Facebook miliknya untuk membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya berhubung dakwaan sama dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di tempat, masa dan tarikh sama.

Bagi tuduhan itu, Abdul Rahim didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain Nik Suhaimi, pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar dan Afzainizam Abdul Aziz sementara Abdul Rahim diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Istana Selangor. – BERNAMA

Tags: hasutanRahim Thamby Chik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rafizi Ganti Tony Pua Berdebat Dengan Arul Kanda

Next Post

BSN Terima 746 Permohonan Skim Perumahan Belia

Related Posts

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

Kenyataan Berbaur Hasutan, Akmal Beri Keterangan Esok

28/09/2024
0

Jasin : Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Pemilik FB ‘Mac Chan’ Sokong China Memerintah Malaysia

04/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gerakan Transformasi Pengguna Malaysia (GTPM) menggesa pihak berkuasa menyiasat satu akaun Facebook (FB) dipercayai milik warga...

Next Post

BSN Terima 746 Permohonan Skim Perumahan Belia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd