Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Pemilihan PKR Perlis Dicemari...

KANGAR - Pemilihan PKR di Perlis yang dijadual berlangsung Ahad ini didakwa telah...

Pengawal Keselamatan Cedera Akibat...

GEORGE TOWN - Seorang pengawal keselamatan cedera ringan di tangan akibat terkena serpihan...

Jangan Biar Stadium Nasional...

SINGAPURA - "Kita tidak boleh biarkan Stadium Nasional bertukar menjadi laman mereka," kata...

Bantah Sebat Lesbian Bukti...

DEDAH... Kenyataan Pakatan Harapan (PH) terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim bantah hukuman sebat...

Kes Denggi Di P.Pinang Catat Penurunan Sepanjang Minggu Lepas

GEORGE TOWN – Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 18.2 peratus atau 31 kes bagi tempoh tujuh hari minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata sebanyak 139 kes denggi dilaporkan dari 8 hingga 14 Nov berbanding 170 kes dari 1 hingga 7 Nov lepas.

Beliau berkata walaupun terdapat penurunan kes, secara kumulatif sehingga 14 Nov lepas sebanyak 4,832 kes denggi dilaporkan berbanding 2,097 kes bagi tempoh sama pada tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 2,735 kes atau 130.42 peratus.

“Sebanyak 15 kematian akibat demam denggi dilaporkan bagi tahun ini berbanding lima kematian demam denggi bagi tempoh sama tahun lepas. Pulau Pinang berada di tangga kelima yang mencatatkan jumlah kematian akibat demam denggi di seluruh negara.

“Selangor adalah negeri yang mencatatkan jumlah kematian akibat denggi yang tertinggi iaitu sebanyak 110 kematian diikuti Johor (39 kematian), Kuala Lumpur (32 kematian) dan Perak (24 kematian),” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa yang meninggal dunia akibat demam denggi, Sharon Chai Khiun Jin di Tingkat Paya Terubong 4, dekat sini Selasa.

Turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng. Chai meninggal dunia pada 11 Nov lalu selepas disahkan positif denggi pada 7 Nov.

Dr Afif berkata pada ketika ini, terdapat 28 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di Pulau Pinang iaitu Desa Baiduri, Desa Permata, Apartment Serina Bay, Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor, Bukit Dumbar Permai dan Jalan Abdullah Ariff.

Lokaliti lain ialah Jalan Goh Guan Ho, Jalan Sheikh Madar, Lahat Court, Pangsapuri Pelangi, Sri Wangsa, Taman Abidin, Taman Kristal Apartment, Taman Lembah Hijau, Tingkat Paya Terubong, Taman Suria Vista, Kampung Tanjung Bungah, Changkat Tembaga dan Greelane Heights Apartment dari daerah Timur Laut, katanya.

“Lokaliti Desa Bayan, Mutiara Perdana dan Permatang Damar Laut dari daerah Barat Daya. Lokaliti Lengkok Inderawasih, Kompleks Perai Utama, Pintas Tenggiri dan Persiaran Kota Permai dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT). Lokaliti Taman Bagan Jaya dari daerah Seberang Perai Utara (SPU) serta perkampungan Jawi di daerah Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya.


Beliau berkata terdapat empat lokaliti wabak tidak terkawal iaitu di Pangsapuri Inspektor Polis Lorong Batu Lanchang dan Taman Sri Pinang dari daerah Timur Laut serta Taman Limau Manis dan Flat Telok Indah di daerah SPT.

Dr Afif berkata terdapat tujuh lokaliti titik panas iaitu di daerah Timur Laut di Desa Pinang 2 dan Jalan Lim Khoon Huat; Flat Pusat Bayan, Taman Kumbar Permai dan Halaman Murni di daerah Barat Daya serta Flat Inderawasih dari daerah SPT.

Sementara itu, Lim menyifatkan situasi semasa demam denggi di negeri ini sebagai serius dan satu krisis kesihatan yang perlu diberi perhatian serius oleh penduduk di negeri ini.

“Malangnya rakyat kini menganggap denggi ini sebagai satu perkara biasa dan mereka sudah lali dengan penyakit denggi ini. Kalau kita anjurkan gotong-royong tak ramai komuniti yang turut serta sebab mereka anggap ini perkara biasa.

“Adalah penting rakyat memberi tumpuan kepada denggi supaya tidak mudah dijangkiti penyakit ini. Jangan rasa ini perkara biasa. Ini adalah satu perkara serius. Harap tidak ada peningkatan kes-kes sedemikian lagi,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya terus mengambil langkah pencegahan bagi menghentikan penularan penyakit denggi dengan melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar, selain menjalankan gotong-royong di kawasan perumahan bagi menghapuskan tempat-tempat berpotensi pembiakan nyamuk aedes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori