• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja-Kerja Pembersihan Di Lebuhraya KL-Karak Masih Dijalankan

oleh Ahmad Albab
13/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan susulan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih diteruskan.

Syarikat Konsesi Lebuhraya, Anih Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata laluan yang ditutup sejak semalam adalah dari Selesa Hilhomes di KM42 sehingga ke Plaza Tol Bentong di KM62.

“Kami menjangkakan pembersihan akan mengambil masa selama dua hari tetapi ia bergantung kepada pihak polis untuk memberi kebenaran bila laluan itu dibuka.

“Selain itu, pihak Anih juga akan meneruskan aktiviti pemantauan berkala terhadap semua cerun di lebuh raya untuk memastikan keadaan cerun sentiasa berada dalam keadaan baik,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Anih Berhad masih lagi menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar dan tindakan pencegahan akan dilaksanakan bagi mengelak insiden berkenaan berulang kembali.

Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu. Kesemua pemandu dan penumpang selamat. – BERNAMA

Tags: Anih Berhadtanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd