• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Sekat Facebook, Telegram, WhatsApp

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak berhasrat menyekat laman sosial Facebook dan platform Telegram, WhatsApp dan lain-lain kerana sebahagian besar rakyat Malaysia menggunakan kemudahan itu untuk pelbagai tujuan.

Ini termasuk berkomunikasi dan menjalankan aktiviti keusahawanan, menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian itu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa komited serta bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dalam menangani penyalahgunaan media sosial.

“SKMM turut memantau dan sekiranya terdapat sebarang kandungan yang bercanggah dengan undang-undang tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil,” kata kementerian

Kementerian menjawab soalan Datuk Zainuddin Ismail (BN-Jelebu) yang bertanya sama ada kementerian bercadang menghentikan media sosial seperti Facebook, Telegram, WhatsApp dan lain-lain.

Malah beliau bertanya sama ada KKMM akan menggantikannya dengan laman sosial tempatan seperti yang dilakukan di China.

Dari Januari hingga September 2015, SKMM telah mendakwa 14 kes di mahkamah atas kesalahan-kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) termasuklah kesalahan di platform media sosial.

Setakat ini, 11 kes telah pun dijatuhkan hukuman manakala tiga daripada kes itu masih dalam proses perbicaraan, kata kementerian.

Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, SKMM menyekat 1,263 laman sesawang dengan 632 laman sesawang adalah berdasarkan kepada permohonan agensi-agensi penguatkuasaan tempatan manakala 631 laman web disekat mengikut kesalahan Akta 588.

Menurut KKMM, ia sedang melaksanakan pindaan Akta 588 bagi menambah baik rangka kerja kawal selia dan penguatkuasaan sedia ada.

Dalam pada itu, KKMM memaklumkan bahawa sejak Januari hingga September tahun ini, sebanyak 1,368 aduan berhubung penyalahgunaan media sosial diterima.

Dalam perkembangan lain, KKMM berkata blogger kontroversi Alvin Tan sedang disiasat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia(PDRM) di bawah Subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Hasutan 1948.

Dari 2009 hingga September tahun ini, pihak SKMM secara khusus telah mendakwa sebanyak 35 kes di mahkamah atas kesalahan-kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]TIYTyVqfudg[/wpdevart_youtube]

Tags: SKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd