• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tambah Baik Perjanjian Konsesi Tol

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah menambah baik terma-terma perjanjian berkenaan kenaikan kadar tol dengan syarikat konsesi lebuh raya sedia ada, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Antara terma yang ditambah baik itu ialah memansuhkan kenaikan kadar tol secara automatik walaupun sudah ditetapkan tempoh masa tertentu bagi kenaikan dalam perjanjian sebelum ini.

“Setiap kali ada permohonan (dari syarikat konsesi) untuk kenaikan tol, kita akan melihat dan kaji balik semua kenyataan syarikat. Adakah mereka mencapai anggaran aliran trafik yang melalui kawasan itu.

“Kalau aliran trafik (di lebuh raya) mencapai seperti yang dianggarkan, maka kita tidak akan benarkan kenaikan tol,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya jika aliran trafik di lebuh raya berkenaan tidak mencapai anggaran sepatutnya, kerajaan mungkin membenarkan kenaikan kadar tol kerana komitmen kewangan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat konsesi.

Fadillah berkata kadar tol sesuatu lebuh raya ditentukan oleh kos pembinaan dan anggaran aliran trafik, dan kenaikannya dikaji semula setiap tempoh masa tertentu seperti yang termaktub dalam perjanjian.

Beliau berkata terma lain yang ditambah baik ialah kerajaan boleh menamatkan perjanjian lebih awal dari tarikh yang dipersetujui dalam perjanjian jika syarikat konsesi mencapai keuntungan yang tertentu.

Menurutnya kerajaan dari semasa ke semasa mengadakan perbincangan dengan syarikat konsesi, pemegang bon dan pembiaya projek lebuh raya mengenai kadar tol.

“Kita kena mengimbangi beberapa perkara seperti kemampuan kerajaan, kepentingan syarikat konsesi dan kepentingan pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah yang juga Anggota Parlimen Petrajaya menegaskan kerajaan akan perlu menanggung pembiayaan beratus bilion ringgit jika bercadang mengambil alih semua lebuh raya di negara ini, dan langkah itu bukanlah tindakan yang wajar.

Semasa sesi penggulungan itu, Fadillah berkata terdapat lapan lebuh raya yang layak untuk menaikkan kadar tol pada tahun hadapan, tetapi kenaikan itu masih belum dimuktamadkan.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Link Kedua, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Selat Klang Utara (NNKSV).

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Selasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3wV8PSsN2N8[/wpdevart_youtube]

Tags: Konsesi Tol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lanjutan Tempoh Konsesi PLUS Belum Dimuktamad

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk melanjutkan tempoh konsesi PLUS Malaysia Bhd (PLUS) selama 38 tahun lagi sehingga 2058 seperti yang...

Semak Semula Lanjutan Konsesi Tol 20 Tahun – PAS

20/01/2020
0

SHAH ALAM - PAS meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula tempoh lanjutan 20 tahun konsesi PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) sehingga tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd