• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Berazam Pastikan Tiada Rakyat Terpinggir

oleh Ahmad Albab
27/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri Perak sentiasa berazam untuk melaksanakan pelbagai program bagi memastikan setiap lapisan masyarakat tidak tertinggal dan terpinggir dalam mendapat pembelaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ini termasuk keazaman untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik menjelang 2018, program Kedai Bergerak 1Amanjaya, bantuan barangan makanan kepada kalangan memerlukan, bantuan pendidikan dan bantuan kebajikan.

“Patik telah membentangkan perkara ini dalam belanjawan bagi tahun 2016 pada persidangan Dewan Negeri Perak. Begitu juga halnya, dua purnama berlalu, telah dibentangkan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

“Melalui pembentangan kedua-dua makalah penting ini, patik telah menyenaraikan program dan projek pembangunan, yang mudah-mudahan, akan memberikan limpahan nikmat buat negeri dan rakyat sekalian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada istiadat penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-59 Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Balairong Seri Istana Iskandariah di sini, hari ini.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan lebih menumpukan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan, pelaksanaan program dan projek pembangunan bagi memenuhi harapan rakyat.

“Dalam mendepani harapan rakyat, untuk mengecapi kehidupan yang lebih selesa, liku dan kelok kehidupan mereka yang berhadapan dengan kesempitan, sentiasa dijadikan keutamaan.

“Ekoran peningkatan kos sara hidup rakyat, kerajaan tidak pernah berpatah azam, dan sentiasa mengatur ikhtiar untuk meringankan beban yang digalas oleh mereka,” katanya.

Menurutnya, perhatian akan terus diberikan dalam soal perpaduan dan kesatuan dalam kalangan rakyat Perak.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan tidak wujud ‘lopong-lopong’ yang boleh mengundang mudarat buat negeri itu dan rakyatnya. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd