• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Laksana Bayaran Balik GST Hampir RM5 Bilion

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membuat pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak hampir RM5 bilion kepada syarikat setakat ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

“Dakwaan mengatakan kerajaan tidak membayar balik adalah tidak benar, malah, setakat ini bayaran balik yang dibuat adalah hampir RM5 bilion.

“Hanya syarikat yang tidak layak untuk bayaran balik, termasuk syarikat yang tidak layak memohon bayaran balik GST, tapi masih menfailkan tuntutan, tidak akan menerima apa-apa bayaran balik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Meja Bulat Pasca Bajet 2016 Corporate Malaysia di sini, hari ini.

Chua berkata sejak pelaksanaan GST, kerajaan telah menolak tuntutan bayaran balik bernilai kira-kira RM400 juta memandangkan terdapat banyak kesilapan oleh syarikat yang membuat tuntutan berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Kastam Diraja menjalankan tugas secara lebih berhati-hati ketika memproses tuntutan bayaran balik untuk mengelak ia dibuat kepada akaun yang salah.

Chua turut berkata bayaran balik GST dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja meningkat kepada 41 peratus sejak sistem percukaian itu diperkenalkan pada 1 April, 2015, dan kerajaan menjangkakan peratusan itu akan meningkat lagi.

“Malaysia meletakkan sasaran tinggi untuk mencapai sasaran penyelesaian bayaran baik dalam tempoh 14 hari,” katanya, dengan menambah, purata proses bayaran balik GST yang digunakan di negara lain mengambil masa kira-kira 50 hari untuk diselesaikan.

Beliau berkata kerajaan mengalu-alukan pengamal perakaunan atau pihak industri untuk mencari jalan bagi memperkukuhkan proses bayaran balik bagi memenuhi sasaran 14 hari tersebut. – BERNAMA

Tags: GSTKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd