• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bayar RM60 Juta Fi Perkhidmatan AES – Liow

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan membayar kira-kira RM60 juta sebagai fi perkhidmatan kepada dua buah syarikat penyedia perkhidmatan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 25 Ogos lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, Liow menjelaskan syarikat berkenaan ialah ATES Sdn Bhd dengan bayaran fi RM27,181,584.00 dan Beta Tegap Sdn. Bhd RM32,940,496.00.

“Sejak AES mula dilaksanakan pada 23 Sept 2012 sehingga 30 Sept tahun ini, sebanyak 2,144,921 saman dikeluarkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi peraturan lampu isyarat,” katanya menjawab soalan Khalid Samad (Amanah-Shah Alam).

Khalid sebelumnya ingin tahu mengenai jumlah saman yang dikeluarkan melalui AES dan jumlah bayaran yang dibuat oleh kerajaan kepada dua syarikat berkenaan.

Semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, keputusan mengenai semakan semula secara menyeluruh berkenaan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), akan diumumkan oleh kerajaan pada awal tahun depan.

Menurut Liow, ia bagi memastikan AES dilaksanakan selari dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan jalan raya (Kejara). – BERNAMA

Tags: AESKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd