• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Propaganda Wanita PKR Isu Duit Yapeim

oleh Ahmad Albab
14/11/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sepatutnya seorang yang amanah jika tidak mahu dimurkai Allah kelak. Nauzubillah…”

Demikian kenyataan semborono Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin yang mahu mengambil kesempatan daripada tuduhan liar dilemparkan ke atas Jamil Khir untuk terus memburuk-burukkan kerajaan.

Dakwa beliau, Wanita PKR kononnya tidak menyangka seorang menteri hal ehwal Islam boleh dikaitkan menggunakan dana anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik untuk membeli belah dan bermain golf di Amerika Syarikat (AS).

“Jika tuduhan ini tidak diberi penjelasan segera, maka Jamil Khir harus meletakkan jawatan serta-merta kerana rakyat tidak boleh bertolak ansur dengan penyalahgunaan dana oleh pemimpin yang bertujuan peribadi dan mengetepikan keperluan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jamil Khir semalam menafikan dakwaan PKR kononnya beliau menyalahgunakan hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanannya ke luar negara sambil menyifatkan tuduhan itu berniat jahat kerana satu fitnah dan menyimpang daripada fakta sebenar.

Beliau sebaliknya menjelaskan lawatannya ke AS pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi di bawah pihaknya terutama YaPEIM dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Washington DC.

Ia termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari AS serta Kanada dan pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang program itu diadakan termasuk permainan golf yang disertai beliau.

Jelasnya, segala perbelanjaan untuk beliau menghadiri program itu adalah mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan maka beliau akan mengemukakan saman fitnah ke atas Akmal dan portal berita propembangkang, The Malaysian Insider.

“Adalah tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan (Jamil Khir bermain golf) dan tidak menggambarkan keseluruhan program melibatkan saya,” katanya. – Mynewshub.cc

 

[wpdevart_youtube]CPzS90lG8U8[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd