• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Dalam Negeri Saring Pelarian Dari Syria – Nur Jazlan

oleh Ahmad Albab
16/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan menyaring pelarian Syria yang bakal diterima Malaysia berikutan serangan pengganas di Paris pada Jumaat lepas yang mengorbankan lebih 100 orang, kata timbalan menteri berkenaan, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata langkah itu didapati perlu, tambahan pula ekoran laporan bahawa seorang pelarian Syria terbabit dalam serangan itu.

“Kami beranggapan mereka (pelarian Syria) bukanlah pengganas, bagaimanapun kami perlu menyaring latar belakang mereka bagi memastikan mereka tidak membawa ancaman kepada negara ini sekiranya kami memutuskan untuk menerima mereka.

“Bahaya akan sentiasa ada apabila kita bersetuju menerima pelarian dari Timur Tengah dan sebab itulah kami mengambil masa untuk menyaring pelarian yang kami mahu terima dan sebaik-baiknya, mereka yang latar belakangnya jelas,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini Isnin.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, bahawa Malaysia akan membuka pintunya kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan berkata bentuk baharu serangan pengganas dilihat dilakukan oleh kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri antara lima hingga 10 orang.

Katanya kementerian dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa memantau kaedah baharu itu yang dilihat aktif merekrut anggota kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam membuat senjata api dan bahan letupan melalui melalui media sosial.

“Kementerian Dalam Negeri memantau pergerakan suspek-suspek yang boleh diletakkan sebagai pengganas, walaupun jumlah tidak beribu tetapi masalahnya pengganas macam (kumpulan militan) IS boleh melakukan kemusnahan dan serangan yang berat dengan guna jumlah orang yang sikit.

“Apa yang penting kita mengenal pasti siapa yang berpotensi untuk menjadi pengganas dan kita ambil tindakan sebelum mereka membuat serangan dan dalam pemerhatian kita jumlah itu (pengganas di Malaysia) dianggarkan mencecah angka ratusan,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pengalaman dalam menangani kegiatan pengganas sejak tahun 90-an dengan kewujudan Al-Maunah dan Al-Qaeda. – BERNAMA

Tags: KDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd