• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Akibat Denggi Meningkat Di Kedah

oleh Ahmad Albab
07/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Angka kematian akibat demam denggi meningkat sebanyak 12 kematian di Kedah bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Okt lepas berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kes kematian terbaharu membabitkan seorang remaja lelaki berumur 15 tahun dari Kuala Muda pada 27 Okt lalu.

“Pesakit telah mengalami demam, sakit kepala dan muntah selama tiga hari sebelum dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada 23 Okt dan telah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama dan selepas beberapa hari dirawat, pesakit meninggal dunia pada 27 Okt,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Norhizan berkata bagaimanapun, kes demam denggi di negeri itu mencatatkan penurunan 6.9 peratus iaitu 770 kes berbanding 828 kes yang direkodkan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata di Kuala Muda dan Sik, kes jangkitan demam mencatatkan penurunan, tetapi lapan daerah mencatatkan peningkatan dengan Bandar Baharu mencatatkan kes tertinggi diikuti Yan, Baling, Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Kota Setar dan Padang Terap.

Katanya pihaknya telah memeriksa 311,639 premis sepanjang tempoh berkenaan dan mendapati 5,174 premis membiak jentik-jentik.

Dr Norhizan berkata jabatan juga mengeluarkan 2,533 kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 357 notis arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]/0dMbTKeJ0cI[/wpdevart_youtube]

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd