• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Johor Gagalkan Cubaan Seludup 104,400 Karton Rokok

oleh Ahmad Albab
03/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 104,400 karton rokok putih bernilai RM13.55 juta termasuk cukai dalam pemeriksaan di dua pelabuhan di negeri ini, bulan lepas.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata pemeriksaan pertama di Pelabuhan Pasir Gudang, 19 Okt lepas dan pemeriksaan kedua di Pelabuhan Tanjung Pelepas, 30 Okt lepas itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Kastam yang bertindak atas maklumat awam.

“Dalam pemeriksaan terhadap sebuah kontena kira-kira 4 petang di Pelabuhan Pasir Gudang, anggota kastam menemui 52,500 karton rokok putih berjenama Zon King seberat 8,400 kilogram.

“Rokok dipercayai dari China tersebut dianggar bernilai RM840,000 manakala cukai serta dutinya ditaksir bernilai RM6.01 juta,” katanya kepada pemberita di sini Menara Kastam di sini.

Ramli berkata siasatan awal sebelum itu mendapati kontena berkenaan diikrar sebagai membawa bahan pelekat industri berjumlah 224 kotak, namun, hasil pemeriksaan kemudian menemui kesemua rokok tersebut.

Menurut Ramli, dalam pemeriksaan kedua kira-kira 10 pagi terhadap sebuah kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas pula, pihaknya menemui 51,900 karton rokok putih berjenama Modern, Modeng dan RGD seberat 8,712 kilogram.

Beliau berkata rokok dipercayai dari Thailand itu dianggar bernilai RM544,500 manakala cukai serta dutinya ditaksir bernilai RM6.15 juta.

Siasatan awal mendapati dagangan kontena itu diikrar sebagai colok berjumlah 1,088 kotak, katanya.

“Dalam kedua-dua kes di pelabuhan itu, dua ejen perkapalan berusia 20-an turut ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967. Kontena terbabit pula disita ke Stor Penguatkuasaan Kastam Johor Baharu bagi tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: KastamRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd