• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Kekanda Yang Di-Pertuan Agong Selamat Disemadikan

oleh Ahmad Albab
05/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jenazah Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, kekanda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah selamat disemadikan di Makam Diraja Langgar, tengah hari hari ini.

Almarhumah Tunku Hamidah, 90, mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) 11.50 pagi semalam akibat gering.

Solat jenazah diimamkan Mufti Negeri, Datuk Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit pada 9.30 pagi tadi, sebelum dibawa ke Makam Diraja Langgar.

Yang turut berangkat memberi penghormatan termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir serta barisan exco kerajaan negeri.

Bermula 3 petang sehingga 7 malam semalam, jenazah Almarhumah disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bagi membolehkan penghormatan terakhir dilakukan. – BERNAMA

Tags: mangkat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Kenaikan Harga 18 Barang Kawalan Sempena Deepavali

Next Post

Tak Minat Terajui FAM Kerana “Banyak Kerja Di Johor”

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

03/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal...

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

Adinda Sultan Terengganu Mangkat

04/07/2023
0

KUALA TERENGGANU: Adinda kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Norhana Sultan Mahmud mangkat, pada jam 4.52 pagi ini....

Next Post

Tak Minat Terajui FAM Kerana "Banyak Kerja Di Johor"

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd