• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenayah Libatkan Pelajar Sekolah Di P.Pinang Meningkat 50%

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Indeks jenayah melibatkan pelajar sekolah di Pulau Pinang meningkat 50 peratus bagi tempoh Januari hingga 31 Okt lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan.

Beliau berkata dalam tempoh itu, sebanyak 90 kes jenayah membabitkan curi motosikal, curi harta benda dan merusuh dilaporkan, berbanding 67 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.

“Kesemuanya melibatkan mereka berusia 13 hingga 18 tahun,” katanya kepada pemberita selepas Program Pencegahan Jenayah Bersama Komuniti Cina di Sekolah Menengah (Persendirian) Jit Sin di sini, hari ini.

Beliau berkata kes membabitkan juvana yang tidak bersekolah juga meningkat kepada 217 kes dalam tempoh Januari hingga 31 Okt lepas, berbanding 197 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Walaupun jumlah kes bagi pelajar sekolah dan juvana itu meningkat tahun ini, ia masih terkawal dan tidak melibatkan jenayah berat. Kira-kira 70 peratus daripada kes dilaporkan ialah merusuh dan curi motosikal,” katanya.

Sehubungan itu, Thaiveegan berharap pihak sekolah dan ibu bapa dapat memainkan peranan lebih proaktif dalam memantau dan mendidik golongan remaja agar tidak terlibat dalam kegiatan jenayah. – BERNAMA

Tags: Jenayahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd