Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Lionel Messi Tukar Imej...

BINTANG Barcelona, Lionel Messi menerusi imej terbaharunya tampil dengan warna rambut yang lebih...

Kelantan Rehat Pemain Utama...

KOTA BHARU - Kelantan akan merehatkan beberapa pemain utamanya menjelang pertemuan menentang Selangor...

Lapan Anggota Kabinet Jokowi...

Presiden Indonesia yang baru Joko Widodo hari ini memaklumkan Agensi Anti-Rasuah Indonesia telah...

Video: Pengedar Dadah Dicekup...

TULAR menerusi media sosial rakaman tangkapan penguat kuasa ke atas lima suspek disyaki...

JBPM Pertingkat Latihan & Persiapan Hadapi Musim Tengkujuh

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempertingkatkan latihan dan persiapan dalam usaha menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda pada hujung tahun ini khususnya di negeri Pantai Timur.

Antara persiapan yang dibuat JBPM adalah memastikan peralatan kerja menyelamat musim banjir seperti pelampung dan jaket keselamatan berfungsi dengan baik, mempertingkatkan modul latihan khusus berkaitan banjir kepada anggota serta mengadakan mesyuarat koordinasi bersama agensi keselamatan yang lain di peringkat negeri dan daerah.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata ekoran itu beberapa siri latihan telah dibuat bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran kepada pegawai serta anggota JBPM di seluruh negara ketika berdepan situasi sebenar.

Katanya antara latihan yang diberi tumpuan adalah cara menyelamat di dalam air, mengendalikan bot dengan betul serta memberi pertolongan cemas yang secara tidak langsung akan menilai ketahanan diri dan keupayaan anggota menghadapi situasi yang sukar.

“Pada setiap tahun ketika menghampiri musim tengkujuh, menjadi kelaziman JBPM untuk menghadapi musim banjir khususnya di Pantai Timur dan saya telah mengeluarkan arahan kepada balai JBPM negeri di seluruh negara untuk membuat persiapan awal bagi menghadapi musim itu,” katanya ketika ditemui Bernama di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini.

Wan Mohd Nor berkata kebiasaannya pada setiap hujung tahun ini JBPM mengikuti dengan serius ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk mengetahui secara kasar keadaan atau ramalan cuaca.

“Saya juga mengharapkan daripada agensi keselamatan yang lain antaranya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Keselamatan Negara agar bersiap sedia menghadapi musim itu kerana bomba merasakan tanggungjawab menyelamat ini tidak terletak semata-mata pada bahu bomba.

“Eksesais dan tindak balas bersama yang dilakukan bersama agensi keselamatan lain dapat dikoordinasikan sekiranya ada masalah mereka akan bantu mana yang kurang dan menggerakkan bantuan ke tempat lain,” katanya.

Pada masa sama, masyarakat juga perlu diberi kesedaran mengenai persiapan banjir dengan memberi penerangan sekiranya tempat tinggal mereka mudah dilanda banjir.


“Melalui penerangan yang dibuat oleh agensi berkaitan, mereka (masyarakat) tahu apa yang perlu dibuat ketika menghadapi banjir dan apabila diminta berpindah oleh pihak berkuasa, mereka dapat bertindak dengan pantas dan dapat menyelamatkan barangan berharga,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata antara aspek penting adalah pengurusan komuniti ketika bencana banjir yang perlu diperkemaskan lagi dan memerlukan satu mekanisme pengurusan bencana secara bersepadu.

Berikutan itu, JBPM juga mempunyai tempat simpanan aset-aset menyelamat di Wakaf Tapai, Terengganu yang dijadikan sebagai pusat gerakan logistik Pantai Timur.

“JBPM mempunyai aset yang mencukupi seperti bot aluminium sebanyak 608 buah, bot Fiber (63), bot kevlar (16) dan bot amfibia (11) di seluruh negara dan bomba akan menggerakkan aset berkenaan ke negeri-negeri lain sekiranya keadaan memerlukan,” katanya.

Ditanya sama ada JBPM akan membekukan cuti anggota dan pegawainya untuk menghadapi musim tengkujuh, Wan Mohd Nor berkata belum ada keperluan lagi.

“JBPM hanya akan membekukan cuti anggota dan pegawai apabila keadaan berubah kepada ‘red alert’,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori