Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Samsung Lancar Telefon Pintar...

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon...

PM Tiba Di Jakarta...

JAKARTA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat tiba di ibu kota...

Obama Baru Ada Akaun...

WASHINGTON DC – Meskipun hanya baki setahun lagi menjadi presiden, pemimpin Amerika Syarikat, Barack...

Video: Allahuakbar… Mudah Lelaki...

SETIAP yang bernyawa itu pasti akan merasai mati. Namun, bila dan bagaimana seseorang yang...

Jangan Mudah Terikut-Ikut Fahaman Ekstrem

KOTA BELUD – Jangan mudah terikut-ikut dengan fahaman ekstrem yang mampu mengganggu-gugat keamanan dan keselamatan di negara ini, sebaliknya amalkan fahaman sederhana dalam usaha untuk mengekalkan perpaduan.

Ketika memberi nasihat itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata penekanan kepada kesepaduan kaum dan agama serta sentiasa menghormati perbezaan perlu dipelihara supaya keamanan yang dikecapi dapat dikekalkan.

“Kita sebagai rakyat harus utamakan kestabilan dan keamanan negara, mengamalkan fahaman yang sederhana dan bukannya fahaman ekstrem,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Konvokesyen Perdana Kanak-kanak dan Taska Kemas, Parlimen Kota Belud di Dewan Tun Said, di sini hari ini.

Beliau berkata situasi yang berlaku di beberapa negara seperti Syria, Pakistan, Iraq dan Syria tidak mustahil berlaku di negara ini sekiranya msyarakat tidak memberi penekanan kepada kesepaduan antara kaum serta agama.

Menurutnya, akibat daripada keadaan negara yang menjadi huru-hara akan menyebabkan masa depan anak-anak kecil di negara terlibat turut terjejas dan menjadi pelarian di negara mereka sendiri.

“Kita juga beri kepercayaan kepada pasukan keselamatan untuk memelihara keselamatan negara daripada ancaman luaran dan dalaman kerana tidak ada jaminan keamanan berkekalan sekiranya rakyat tidak bersepadu,” katanya.


Sementara itu menyentuh tentang majlis hari ini, Salleh berkata kerajaan menyediakan prasarana dan peruntukan untuk memberi pendidikan yang terbaik khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Katanya bagi menghargai jasa dan pengorbanan guru yang sanggup berkhidmat di luar bandar, kerajaan bersetuju supaya yang berjawatan kontrak diserap ke jawatan tetap.

Pada majlis itu, kira-kira 800 kanak-kanak dari tabika Kemas Parlimen Kota Belud menerima sijil masing-masing. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Tvb3asLV8sE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori