• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Inginkan Galaxy S6 Boleh Lipat? Ia Bakal Dilancarkan Di China

oleh AK-47
17/11/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMSUNG Galaxy S6 mungkin adalah peranti Android terbaik sepanjang 2015.

Rata-rata pengguna memilih jenama ini disebabkan rekaannya yang premium, spesifikasi tinggi dan kemampuan kamera yang menakjubkan meletakkan peranti ini di tangga lima peranti yang paling digemari.

Tetapi mungkin masih ada di antara pengguna di luar sana mahukan peranti berspesifikasi tinggi tetapi dengan rekaan klasik.

Beberapa peranti boleh lipat seperti Galaxy Folder yang ada di pasaran hanya mempunyai spesifikasi kelas pertengahan dan tidak mampu bersaing dengan peranti utama.

Kini sebuah rekaan peranti Samsung boleh lipat tertiris di laman TENNA, sebuah laman organisasi pengesahan peranti baru untuk dipasarkan di China.

Samsung-SM-W2016-2

Berkod SM-W2015, ia mempunyai skrin 3.9 inci AMOLED 768P,pemproses lapan teras Exynos 7420, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte.

Kemampuan optik adalah 16 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan.

Ini adalah spesifikasi yang sama yang boleh ditemui pada sebuah Galaxy S6.

Panel belakang diperbuat daripada kaca dan tubuhnya diperbuat daripada logam. Seperti Galaxy Folder, SM-W2016 turut mempunyai dua skrin.

Nampaknya ia akan dilancarkan untuk pasaran China dan seperti biasa peranti dengan rekaan cangkerang boleh lipat sebegini memang tidak akan dijual di Malaysia.

Sekiranya anda mahukannya anda perlulah membelinya di luar negara.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: SAMMOBILE

Tags: galaxy s6Samsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd