• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ika Nabella Dedah Azma Tarik Rambut, Baling Botol Kepadanya

oleh AK-47
13/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT cedera ditumbuk seorang pengarah, pelakon Ika Nabella bertindak menarik diri daripada terus membintangi drama berjudul Dawai Asmara, setelah mendapat nasihat orang sekeliling.

Berkongsi cerita tentang insiden tersebut, Ika menerusi rancangan Melodi mendedahkan, dirinya telah dibaling dengan botol dan rambutnya ditarik oleh pengarah tersebut iaitu Azma Aizal Yusoof.

“Second day shooting, tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab.

“Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia,” katanya.

Ika turut menyatakan Azma ada berjumpa dengannya ketika waktu rehat untuk menerangkan mengapa dia diperlakukan sebegitu.

“Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu.

“Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan. Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya hayati waktu tersebut dengan betul. Dia ada beritahu saya bahawa reaksi macam inilah yang dia mahukan setelah dipukul agar ia nampak lebih ‘real’,” jelas Ika.

Namun akibat insiden itu, Ika dikatakan mengalami kecederaan hingga mulutnya tidak dapat dibuka. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat olehnya dan kini kes tersebut sedang disiasat.

Sebelum ini, Azma yang pernah popular menerusi watak ‘Butang’ dalam drama Sindarela, mendakwa cerita mengenai perkara itu telah ditokok tambah namun enggan mendedahkan hal sebenar kerana menghormati siasatan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ika Nabella
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ika Nabella Mohon Maaf Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

06/12/2017
0

HANYA kerana rakaman video secara boomerang yang secara tidak sengaja menampakkan seolah-olah sedang bercumbuan, pelakon Ika Nabella telah dikritik oleh ramai...

Alami Keguguran, Ika Nabella Redha

16/02/2017
0

PELAKON Ika Nabella mendapat berita duka apabila kandungannya yang sudah mencecah dua bulan disahkan gugur tiga hari lalu. Meskipun pahit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd