• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Mati Bekas Konstabel Bunuh Budak, Pengasuh Kekal

oleh Ahmad Albab
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap seorang bekas konstabel polis kerana membunuh seorang kanak-kanak berusia dua tahun dan pengasuhnya hampir 12 tahun lepas.

Panel lima hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Maarop dalam keputusan sebulat suaranya memutuskan bahawa berdasarkan keterangan, mahkamah mendapati bahawa sabitan kesalahan Mohd Nahar Abu Bakar adalah selamat.

Mahkamah itu menolak rayuan Mohd Nahar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Okt 2010 yang mendapatinya bersalah kerana membunuh Muhammad Nurosama Shohimi, 2, anak kepada bekas setiausaha bahagian UMNO Klang Shohimi Shafie, dan pengasuhnya Siti Rohana Baharom, 34.

“Rayuan ini tidak mempunyai merit. Berdasarkan keterangan yang diberi, Mahkamah Tinggi membuat keputusan tepat apabila mendapatinya (Mohd Nahar) bersalah terhadap tuduhan membunuh,” kata Ahmad.

Mohd Nahar, 39, yang pernah bertugas di balai polis Kampung Baru, Manjung, Perak, dituduh melakukan pembunuhan itu di flat kos rendah Siti Rohana di Bandar Baru Klang, Klang pada 1 tengah hari 30 Dis 2003.

Mohd Nahar mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan setelah cubaannya untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadapnya ditolak Mahkamah Rayuan pada 3 Jan 2013.

Anak perempuan teman wanita Mohd Nahar, yang berusia lapan tahun ketika kejadian itu berlaku, memberitahu mahkamah bahawa dia melihat Mohd Nahar mencekik dan menikam dada Siti Rohana sebelum melarikan diri. Saksi itu berusia 15 tahun ketika memberi keterangan di mahkamah.

Ibu remaja itu dan suami Siti Rohana adalah sepupu. Bagaimanapun, dia dijaga Siti Rohana dan suaminya sejak dilahirkan.

Bedah siasat mendapati terdapat dua kesan tikaman pada tubuh Siti Rohana, yang menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan kematiannya, manakala, Muhammad Nurosama, yang didukung Siti Rohana dan menangis ketika kejadian, ditikam dua kali dari belakang. Kedua-dua mereka ditikam dengan sebilah pisau rambo.

Dalam keterangannya, teman wanita Mohd Nahar berkata dia ternampak kesan darah pada bahagian kanan baju putih Mohd Nahar dan diberitahu oleh perayu bahawa tangannya mengalami kecederaan.

Dalam keterangannya, Mohd Nahar berkata tangannya cedera ketika cuba meleraikan rakannya yang bergaduh kerana hutang.

Mohd Nahar diwakili peguam Datuk Naran Singh, manakala timbalan pendakwa raya, K. Mangai mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tags: hukuman matikanak-kanak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

Kes Langgar Pelajar Sekolah: Pegawai Polis Terlepas Hukuman Mati, Ganti Penjara 90 Bulan

28/10/2026
0

IPOH - Pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak terlepas hukuman mati selepas pertuduhan membunuh seorang pelajar Tingkatan...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.