• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat Luar Biasa Punca Kejadian Banjir Lumpur Di Karak

oleh Ahmad Albab
24/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang hari ini sekali menegaskan kejadian banjir lumpur yang berlaku pada petang 11 Nov lepas di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur (KL)-Karak bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan seperti tanggapan sesetengah pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Datuk Mohd Soffi Abd Razak sebaliknya berkata kejadian itu berpunca daripada jumlah taburan hujan luar biasa yangg turun seminggu sebelum itu dan pada hari kejadian.

“Kejadian yang berlaku ini sebenarnya berpunca daripada kejadian hujan lebat yang jika ikut kelaziman ukuran normal 25mm, tetapi seminggu sebelum kejadian berlaku hujan lebat tanpa henti dengan jumlah taburannya mencecah 40mm.

“Pada hari kejadian itu sendiri dalam tempoh tiga jam, (taburan) hujan meningkat sehingga 90mm menyebabkan terjadinya pergerakan tanah di cerun lebuh raya ini,” katanya pada sesi pergulungan persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Pahang di sini semalam.

Dewan juga diberitahu keadaan itu menyebabkan empangan dan salur aliran air yang dibina pihak konsensi lebuh raya berkenaan tidak dapat menampung kuantiti air menyebabkan ia pecah sehingga membawa bersama batu, tanah dan pokok tumbang ke atas lebuh raya.

Namun seperti kelaziman, katanya ‘ramai pakar yang tidak bertauliah’ membuat tanggapan kejadian itu berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan itu.

Menurutnya Lebuhraya KL-Karak agak unik kerana berada pada aras tertinggi, cerun-cerunnya juga agak curam berbanding lebuh raya lain dan lazimnya apabila berlaku hujan yang sangat lebat ia akan menyebabkan tanah runtuh disebabkan strutur aliran air yang dibina tidak dapat menampung sepenuhnya keadaan itu.

“Ini dapat dibuktikan apabila berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di laluan jalan lama Bentong-KL semasa hari kejadian menyebabkan ia juga tidak dapat dilalui ketika itu, malah beberapa bahagian di jalan tersebut juga dinaiki air,” katanya.

Dewan turut dimaklumkan bermula hari ini sehingga 26 Nov depan, jalan lama Bentong-KL akan ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan
pemulihan cerun dijalankan tanpa sebarang gangguan lalu lintas.

Mohd Soffi berkata, ia akan dibuka semula selorong pada 27 Nov sehingga 6 Dis di beberapa lokasi yang terlibat dan akan dibuka sepenuhnya 7 Dis selepas kerja-kerja itu selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya dan Road Care selaku pemegang konsensi jalan berkenaan.

Selepas kejadian pada 11 Nov lepas, jalan lama Bentong-Kl hanya boleh dilalui 7 pagi sehingga 6 petang atas faktor-faktor keselamatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9gASUDcH0VY[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LHDN Disyor Lantik Pegawai Sambilan Ke Jawatan Tetap

Next Post

Bilangan Murid Islam Sertai Program KAFA Semakin Menurun

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Bilangan Murid Islam Sertai Program KAFA Semakin Menurun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd