• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Bernilai RM19 Juta Di Semenyih

oleh Ahmad Albab
25/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini melancarkan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) bernilai RM19 juta di Semenyih, Selangor yang mempunyai 14 ruang servis untuk menampung 30 kereta sehari.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkataa pusat tersebut yang diuruskan oleh SAG Ultimate Sdn Bhd, mempunyai kawasan binaan dengan keluasan 22,000 kaki persegi di tapak tanah seluas 61,000 kaki persegi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Yoiciro Ueno berkata kemudahan baharu itu direka untuk memberikan suasana selesa dan kondusif kepada pelanggan.

SAG Ultimate ialah pengedar pertama Honda berdasarkan Program Kemudahan Pengedar Baharu syarikat itu untuk mengukuhkan standard operasi semua pengedar.

Dari Januari hingga Oktober tahun ini, Honda Malaysia menjual 74,920 unit kenderaan iaitu peningkatan 19 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, mengukuhkan kedudukan penerajunya bagi segmen kereta bukan nasional.

Dengan 86 pengedar setakat ini, pengeluar kereta Jepun itu yakin akan dapat mencapai sasaran 90 pengedar pada 2016. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]cec6yZ0fWxQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Honda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd