• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat Mulai Sabtu

oleh Ahmad Albab
09/11/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama tiga hari mulai pukul 10 pagi Sabtu hingga 10 malam 17 Nov ini.

Gangguan bekalan air itu berikutan kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syabas, kawasan yang terlibat ialah Taman Kota Cheras, Taman Orkid, Taman Rasa Sayang, Taman Sri Aman, Taman Cheras Mas, Taman Lagenda Mas 1 dan 2, Taman Tun Perak, Taman Tanming Jaya dan Taman Putra Budiman.

Kawasan lain ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill, Taman Sri Timah, Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2, Taman Harmoni Indah, Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan orang ramai agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum Sabtu ini untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan itu.

“Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual itu boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore, melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd