Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Perjelas Komitmen BN Martabatkan...

KUALA LUMPUR - Seiring manifesto Barisan Nasional (BN) yang memberikan keutamaan kepada golongan...

367,213 Terima Dos Pertama...

KUALA LUMPUR - Seramai 367, 213 individu di negara ini menerima dos pertama...

Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz...

KUALA LUMPUR - Nur Hayati Che Ahmad, 30, isteri naib mudir Pusat Tahfiz...

Agak Ron95 Turun Berapa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan sistem penetapan harga runcit produk petroleum esok,...

Fauziah Latiff Sahkan Bakal Bernikah Tahun Depan

SEBELUM ini memang ada desas-desus menyatakan penyanyi senior Fauziah Latiff, 45, bakal mengakhiri zaman solo dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.

Bagaimanapun, berita mengenai pernikahan itu dilihat sepi seketika apabila penyanyi Teratai Layu Di Tasik Madu itu seakan mendiamkan diri mengenai perancangan alam rumah tangga.

Mengulas perkara itu, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Jee berkata, apabila tiba masanya dia akan mendedahkan tarikh rasmi perkahwinannya itu.

“Buat masa ini saya belum dapat kongsi tarikh lagi. Insya Allah, jika diizinkan mungkin tahun depan.

“Sama ada awal atau hujung tahun depan. Insya Allah saya akan maklumkan apabila tiba masa sesuai nanti. Macam mana pun tahun depan akan berlangsung juga,” katanya kepada Harian Metro.


Sementara itu, Jee berharap majlis pernikahannya berlangsung secepat mungkin bagi mengelak salah faham berikutan pendedahan hal itu sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, identiti bakal suami Jee masih lagi menjadi rahsia.

Jee pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UNqLZ7RqqCg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori