• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fauziah Latiff Sahkan Bakal Bernikah Tahun Depan

oleh AK-47
26/11/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini memang ada desas-desus menyatakan penyanyi senior Fauziah Latiff, 45, bakal mengakhiri zaman solo dengan lelaki pilihannya pada tahun ini.

Bagaimanapun, berita mengenai pernikahan itu dilihat sepi seketika apabila penyanyi Teratai Layu Di Tasik Madu itu seakan mendiamkan diri mengenai perancangan alam rumah tangga.

Mengulas perkara itu, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Jee berkata, apabila tiba masanya dia akan mendedahkan tarikh rasmi perkahwinannya itu.

“Buat masa ini saya belum dapat kongsi tarikh lagi. Insya Allah, jika diizinkan mungkin tahun depan.

“Sama ada awal atau hujung tahun depan. Insya Allah saya akan maklumkan apabila tiba masa sesuai nanti. Macam mana pun tahun depan akan berlangsung juga,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Jee berharap majlis pernikahannya berlangsung secepat mungkin bagi mengelak salah faham berikutan pendedahan hal itu sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, identiti bakal suami Jee masih lagi menjadi rahsia.

Jee pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UNqLZ7RqqCg]

Tags: Fauziah Latiff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fauziah Latiff Dan Nassier Wahab Tunai Haji

27/08/2017
0

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Nassier berkongsikan khabar itu menerusi...

Jee Menang Persembahan Terbaik Artis ASEAN

15/09/2016
0

PENYANYI yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff atau Jee mencipta sejarah peribadi apabila menerima Anugerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd