• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Rakam Aksi Lucah Jiran

oleh Ahmad Albab
08/11/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan yang merancang untuk berehat seketika selepas penat mengulangi kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berdepan detik menakutkan dalam hidupnya.

Pelajar itu menyaksikan adegan seorang lelaki dalam keadaan berbogel berkelakuan tidak senonoh di belakang rumahnya yang berjaya dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki tersebut dikejutkan oleh jeritan ibu pelajar perempuan itu yang bertindak membuka tingkap di bahagian dapur rumah mereka.

“Saya merasa jijik dan pada masa sama terkejut. Mengapa anda akan melakukan perbuatan itu di tempat awam?” katanya kepada The Star.

Pelajar perempuan itu memberitahu dia sedang berehat di ruang tamu kira-kira pukul 12.22 pagi Jumaat.

Ibunya yang berada di dapur terdengar bunyi di belakang lorong rumah mereka.

Wanita itu kemudiannya datang ke ruang tamu dan menghidupkan televisyen yang mempunyai akses kepada CCTV.

Kedua-duanya terkejut apabila melihat seorang lelaki dalam keadaan bogel berada di belakang rumah mereka.

Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan berbogel keluar dari kawasan semak berhampiran dan berjalan menuju ke tingkap rumah sambil melakukan perbuatan tidak senonoh berkenaan.

Lelaki itu berlari semula ke dalam semak berhampiran sebelum kembali mengintai dari celah tingkap.

“Ibu saya berlari ke dapur dan menjerit ke arahnya. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri,” kata pelajar itu.

Beliau berkata jiran mereka kemudiannya mengenal pasti lelaki itu sebagai seorang penduduk di kawasan itu.

Keluarga itu membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada Sabtu.

“Anggota polis memberitahu kami bahawa individu seperti itu amat berbahaya kerana jika dia boleh berbogel seperti itu, ia menunjukkan dia sudah pada tahap berani. Jika dia ada peluang masuk ke dalam rumah, dia akan melakukannya,” kata pelajar itu. – mStar Online

Tags: jiranlucah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

2 Guru Di Kedah Tular ‘Grooming’, Cakap Lucah Dengan Pelajar Dikeluarkan Dari Institusi KPM

04/12/2025
0

ALOR SETAR: Dua guru di daerah ini yang didakwa terbabit salah laku seksual terhadap pelajar sudah dikeluarkan daripada institusi pendidikan...

3 Beranak Cedera Ditetak, Ditikam Jiran Berhalusinasi

31/10/2019
0

KUANTAN - Tiga beranak cedera akibat ditetak dan ditikam menggunakan parang oleh jiran mereka yang dipercayai sedang berhalusinasi di Felda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd