• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Anak, Ziana Zain Tolak Semua Tawaran Berlakon

oleh AK-47
27/11/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain ini, yang cukup sinonim dengan trademark kening terangkat ketika melakukan persembahan ini.

18 (1)

Selain namanya gah dalam industri nyanyian, kredibiliti Ziana Zain dalam bidang lakonan juga tidak dapat dinafikan.

Namun, sejak kebelakangan ini, diva pop ini boleh dikatakan jarang sekali muncul dalam mana-mana filem atau drama.

Mengulas hal itu, Ziana memberitahu, dia terpaksa menolak semua tawaran berlakon kerana mahu memberi fokus kepada anak-anaknya yang masih lagi bersekolah.

ziana

“Memang saya rindu sangat nak kembali berlakon. Banyak dapat tawaran drama bersiri dan filem, tetapi apabila fikir anak-anak masih bersekolah dan belum mampu seimbangkan masa, itu yang membuatkan saya terpaksa menolak semua tawaran.

“Saya lebih mendahulukan anak-anak yang sedang membesar. Biarpun hati berkobar-kobar nak kembali berakon sebab seronok menjadi orang lain pada setiap watak yang diberikan,” ujar Ziana kepada Mangga Online.

Terdahulu, Ziana pernah membintangi beberapa filem antaranya, Sembilu, Maria Mariana dan Magika.

Ziana mempunyai empat cahaya mata, Mohd. Aiman, 16; Mohd. Ammar, 13; serta pasangan kembar, Mohd. Aryan dan Siti Nour Kaseh, 7.

Dalam pada itu, walaupun sibuk menguruskan keluarga serta karier, bintang berusia 47 tahun ini tidak mengabaikan penjagaan kesihatan serta kecantikan.

Menurutnya, selain bersenam dan mengikuti kelas yoga, Ziana juga mengamalkan pengambilan makanan mengikut darah jenis B. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tqxGeGYVHOw]

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd