Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Noh Kesal Selangor Terus...

KUALA SELANGOR - Kementerian  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal dengan apa...

KKR Kaji Kesesakan Teruk...

KUALA SELANGOR : Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melakukan kajian terperinci berkaitan masalah...

Pelukis ‘Ucap Selamat Tinggal’...

PELUKIS jalanan warga Thailand mendakwa didatangi pihak polis susulan grafiti yang memaparkan Timbalan...

Padah Satira Soal Hudud:...

STESEN radio BFM dan Projek Dialog kesal dengan serangan peribadi dilakukan ke atas...

David Beckham Dapat Gelaran Lelaki Paling Seksi Tahun 2015!

BEKAS pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham telah dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 oleh majalah selebriti terkenal dari Amerika Syarikat, People keluaran 30 November ini.

Bintang berusia 40 tahun itu menerima gelaran tersebut sempena ulang tahun ke-30 majalah berkenaan yang diterbitkan oleh Time Inc. dan setiap keluaran dijual sehingga 3.5 juta naskhah.

Berita mengejut tersebut diumumkan menerusi sebuah program bual bicara lewat malam popular stesen penyiaran ternama ABC, Jimmy Kimmel Live pada semalam.

[DAVID BERGANDINGAN DENGAN BROOKLYN DALAM CHARITY GAME]

people-cover

“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya,” katanya.

“Saya tak rasakan diri saya menarik dan seorang yang seksi. Memang saya suka memakai pakaian dan sut yang kemas, kelihatan dan tampil menarik tetapi saya tidak rasakan diri saya ke arah itu,” tambahnya.

[DAVID BECKHAM TUNJUK SISI LAWAK DALAM IKLAN H&M]


CONSUMER-Beckham-105504_966

Suami kepada pereka fesyen terkemuka, Victoria Beckham serta bapa kepada 4 orang cahaya mata mereka itu merupakan atlet pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut.

Anak-anaknya, Brooklyn, 16; Romeo, 12; Cruz, 10; dan Harper, 4; juga terkejut malah mereka semua dikatakan ketawa  dengan berita berkenaan.

“Betul ke?! Lelaki paling seksi?? Betul ke?” mereka persoalkan kepada David sambil ketawa.

Apa-apa pun, lelaki British itu sememangnya layak dengan gelaran yang diterimanya itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[DAVID BECKHAM NAFI BAKAL JADI JAMES BOND]

david_beckham_lead-434102

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori